Page 137 - Pendidikan Moral Tingkatan 5 KSSM
P. 137

B  Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, cari penyelesaian situasi tersebut
                   dengan menggunakan teknik penyelesaian masalah.

                                           Negara X dan negara Y menjalinkan kerjasama dalam
                                           bidang telekomunikasi. Dalam satu perlawanan hoki
                                           persahabatan, kedua-dua negara tersebut turut
                                           menyertainya. Penyokong negara X telah bertindak
                                           agresif dengan merosakkan kerusi dan membaling
                         Situasi           botol ke arah penyokong negara Y yang memenangi
                                           perlawanan tersebut. Terdapat beberapa orang
                                           penyokong yang mengalami kecederaan. Suasana
                                           di dalam stadium juga menjadi kecoh. Kejadian tersebut
                                           menimbulkan kebimbangan negara X terhadap
                                           hubungannya dengan negara Y yang mempunyai
                                           kepakaran tinggi dalam bidang telekomunikasi pada
                                           peringkat dunia.





                                                                                           Idea
                                                                                       penyelesaian
                                                               Analisis bukti

                                        Kenal pasti bukti

                 Kenal pasti punca





                                               Teknik penyelesaian masalah
                                                                                                          9
               1.  Bentangkan hasil perbincangan anda di hadapan kelas.
               2.  Terangkan cabaran lain yang wujud dalam hubungan kerjasama masyarakat global.







                 Syarikat anda telah menjalinkan hubungan kerjasama dengan sebuah syarikat dari luar
                 negara dalam bidang pengeluaran produk makanan. Jualan produk makanan tersebut sangat
                 menguntungkan dan diterima dengan baik di negara anda. Syarikat tersebut juga telah
                 memperkenalkan produk baharu untuk pasaran negara anda. Namun begitu, anda mendapati
                 produk tersebut boleh memudaratkan kesihatan kanak-kanak. Anda khuatir untuk menolak
                 produk yang baru diperkenalkan itu kerana akan menjejaskan hubungan kerjasama yang
                 telah lama terjalin. Apakah tindakan yang patut anda ambil? Berikan alasan anda.




                                                                            7.2.3, 7.2.4, 7.2.6     127
   132   133   134   135   136   137   138   139   140   141   142