Page 144 - Pendidikan Moral Tingkatan 5 KSSM
P. 144

A  Baca dan fahami maklumat di bawah. Kemudian, jawab soalan yang diberikan.























                Jambori Pengakap Sedunia (World Scout Jamboree) merupakan Perhimpunan Pengakap
                Antarabangsa  yang  diadakan  setiap  empat  tahun.  Jambori  ini  bermula  di  London,  United
                Kingdom pada tahun 1920.
                    Edisi Jambori Pengakap Sedunia ke-24 telah diadakan di Amerika Utara pada tahun 2019
                yang dianjurkan bersama oleh World Organization of the Scout Movement (WOSM), Amerika
                Syarikat, Kanada dan Mexico. Jambori ini telah disertai oleh 47 000 orang pengakap muda,
                remaja dan pemimpin dewasa dari 161 buah negara termasuk Kontinjen Pengakap Malaysia.
                Jambori ini juga memberikan peluang kepada semua pihak yang terlibat untuk sama-sama
                memupuk kerjasama masyarakat global.


                                                               (Sumber: Persekutuan Pengakap Malaysia)

       9      1.  Apakah nilai universal yang perlu diamalkan oleh pengakap dalam perkhemahan ini?

              2.  Bagaimanakah peserta perkhemahan ini dapat menjalinkan kerjasama antara satu
                  sama lain?
              3.  Jelaskan kepentingan menjalinkan kerjasama dalam masyarakat global.
              4.  Huraikan cabaran yang dihadapi dalam menjalinkan kerjasama dalam
                  masyarakat global.

              B  Jawab soalan esei di bawah.

              Kini, sikap kepedulian dalam menjalinkan kerjasama dalam masyarakat global semakin
              pudar. Bincangkan.







            134
   139   140   141   142   143   144   145   146   147   148   149