Page 151 - Pendidikan Moral Tingkatan 5 KSSM
P. 151

Terdapat individu yang kurang kesedaran tentang pengurusan kewangan secara beretika.
               Mereka bersikap tamak dan ingin memperoleh pendapatan segera melalui pelaburan
               dan pinjaman yang tidak sah. Pengurusan kewangan yang tidak beretika ini akan
               memberikan kesan negatif dalam kehidupan.

                  KESAN PENGURUSAN KEWANGAN SECARA TIDAK BERETIKA

                                                                              Keberhutangan dalam
                                              Pemberi hutang yang tidak
                  Kadar muflis meningkat                                         kalangan rakyat
                                                 berlesen bertambah
                                                                                   meningkat



                      Wujud komuniti            Kesan psikologi kepada        Keselamatan keluarga
                        yang boros                     individu                      terjejas



                   Kita  mestilah  sentiasa  mempraktikkan  pengurusan  kewangan  secara  beretika  untuk
               menikmati  kehidupan  yang  lebih  gembira  dan  tenang.  Selain  itu,  nilai  universal  seperti
               kesederhanaan, bertanggungjawab dan rasional yang diamalkan dapat melahirkan individu
               yang berkemahiran dalam pengurusan kewangan.



                          Encik, saya hendak mendapatkan khidmat
                          nasihat tentang perancangan kewangan.
                        Saya tidak tahu tentang kelebihan pengurusan
                                 kewangan secara beretika.





















                                                                                                         10
                             Banyak kelebihannya jika kita bijak melabur
                              dan mengurus kewangan secara beretika.
                              Masa depan kita lebih cerah dan terhindar
                                    daripada masalah kewangan.




                                                                                                    141
   146   147   148   149   150   151   152   153   154   155   156