Page 157 - Pendidikan Moral Tingkatan 5 KSSM
P. 157

C  Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, jawab soalan yang berkaitan
                   dengan situasi tersebut.







                               John Tam merupakan pemilik Syarikat JT yang menjual
                               barangan perabot. Dalam setiap urus niaga, syarikat akan
                               menyimpan semua salinan resit, invois dan dokumen lain
                               secara sistematik. Pelanggan Syarikat JT akan menerima
                               resit rasmi, manakala syarikat pengilang dan pembekal
                               akan mengeluarkan invois. Semua urusan jual beli ini
                               direkodkan dalam sistem komputer. Perekodan ini dibuat
                               dalam sistem komputer bagi memudahkan syarikat
                               membuat penyata kewangan pada setiap tahun. Tujuannya
                               adalah untuk mengetahui keuntungan dan kerugian
                               syarikat selain memudahkan penyediaan laporan tahunan
                               kewangan syarikat. Sebagai pemilik Syarikat JT yang
                               bertanggungjawab, John Tam juga membayar cukai setiap
                               hasil keuntungan syarikat.






               1.  Adakah syarikat ini mengamalkan pengurusan kewangan secara beretika? Bincangkan.
               2.  Mengapakah perancangan kewangan sangat penting bagi seorang ahli perniagaan?
               3.  Andaikan anda ahli perniagaan, jelaskan perasaan anda sekiranya berjaya mempraktikkan
                   pengurusan kewangan secara beretika.
               4.  Sejauh manakah amalan pengurusan kewangan yang beretika dapat membantu dalam
                   pembangunan ekonomi negara?












                 Samy baru sahaja menghabiskan pengajiannya dalam bidang perniagaan. Dia bercita-cita    10
                 tinggi untuk memulakan perniagaan. Samy bercadang untuk membuat pinjaman bank.
                 Namun begitu, bank tidak meluluskan pinjamannya kerana dia tidak mempunyai sumber
                 kewangan yang kukuh. Samy tetap ingin menjalankan perniagaannya. Apakah tindakan yang
                 patut dilakukannya? Justifikasikan jawapan anda.




                                                                     7.3.2, 7.3.3, 7.3.4, 7.3.5     147
   152   153   154   155   156   157   158   159   160   161   162