Page 16 - Pendidikan Moral Tingkatan 5 KSSM
P. 16

Norma masyarakat global amat penting kepada semua pihak bagi membentuk sebuah
              masyarakat yang menghormati hak manusia dan menghayati nilai universal. Amalan  norma
              masyarakat global dalam kehidupan harian menjadikan sesebuah masyarakat lebih sejahtera
              dan harmoni. Antara kepentingan amalan norma masyarakat global termasuklah perkara
       1      seperti yang di bawah:




                   Meningkatkan                                              Membentuk tingkah
                   ekonomi global                                              laku masyarakat
                                                                                  global yang
                                                                             berperikemanusiaan



                •  Dapat merangsang pasaran ekonomi          •  Dapat mengukuhkan persefahaman
                  global                                       budaya masyarakat global
                •  Dapat menggalakkan penglibatan            •  Bertingkah laku mengikut peraturan
                  masyarakat global dalam aktiviti             dan undang-undang antarabangsa
                  ekonomi








                                         KEPENTINGAN AMALAN
                                    NORMA MASYARAKAT GLOBAL







                   Meningkatkan                                              Memartabatkan hak
                    penguasaan                                                asasi manusia dan
                  teknologi dalam                                              kelestarian alam
                 masyarakat global                                               sekitar global



                •  Penyebaran dan perkongsian ilmu           •  Dapat melahirkan masyarakat yang
                  terkini lebih pantas dan efisien             lebih prihatin dan penyayang
                •  Dapat meningkatkan tahap                    sesama manusia dan alam sekitar
                  komunikasi antara masyarakat               •  Dapat mewujudkan perpaduan
                  global                                       masyarakat global







             6 6
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21