Page 164 - Pendidikan Moral Tingkatan 5 KSSM
P. 164
Malaysia telah mencapai kejayaan dan menempa nama di persada dunia. Malaysia juga
11 sudah mendapat penghormatan untuk menyuarakan pandangan tentang isu-isu dunia dalam
persidangan antarabangsa. Kejayaan Malaysia dalam pelbagai bidang dapat dilihat melalui
pengiktirafan pada peringkat dunia. Antara contoh kejayaan Malaysia yang membanggakan
di persada dunia termasuklah dalam bidang seperti yang di bawah:
Industri Automobil
• Kereta tempatan dieksport ke luar negara
Industri Pemakanan
• Rempah-ratus, produk dingin beku menembusi
pasaran antarabangsa
BIDANG Industri Pembuatan
PERINDUSTRIAN • Teknologi penghasilan sarung tangan
CONTOH KEJAYAAN MALAYSIA YANG
Malaysia Menjadi Tuan Rumah
• Sukan Komanwel, Sukan SEA, Piala Monsun, Grand Prix Formula 1
Melahirkan Juara Dunia
• Badminton, skuasy, renang, paralimpik
Litar Lumba Bertaraf Antarabangsa
• Litar Antarabangsa Sepang, Velodrom Nasional Malaysia
Sistem Satelit Komunikasi
• Malaysia East Asia Satellite (MEASAT)
Program Angkasawan Negara
• Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin
Sheikh Mustapha terpilih sebagai angkasawan negara
pertama di National Aeronautics and Space BIDANG SAINS
Administration (NASA) DAN TEKNOLOGI
154
154

