Page 181 - Pendidikan Moral Tingkatan 5 KSSM
P. 181
Secara umumnya, Malaysia menjalinkan hubungan antarabangsa yang melibatkan
hubungan dua hala dan hubungan pelbagai hala. Hubungan dua hala ialah hubungan
antara dua buah negara dalam pelbagai bidang. Hubungan pelbagai hala pula melibatkan
lebih daripada dua buah negara dan keanggotaan negara dalam pertubuhan peringkat
serantau dan antarabangsa. Contohnya, Malaysia menganggotai pertubuhan serantau seperti
Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara atau Association of Southeast Asian Nations
(ASEAN) dan pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB) atau United Nations (UN), Pertubuhan Kerjasama Islam atau Organisation of Islamic
Cooperation (OIC), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali atau Non-Aligned Movement (NAM)
dan Komanwel.
ANTARABANGSA
12
ASEAN
NAM OIC
Komanwel
PBB
Contoh pertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh Malaysia
171

