Page 50 - Pendidikan Moral Tingkatan 5 KSSM
P. 50

B  Baca dan fahami coretan di bawah.

                                                   Coretanku


              15 Januari 2015
              •   Aku menerima seorang murid bernama Lunjin Unggam. Wajahnya muram. Salamku tidak disambut.
              Aku membelek fail peribadinya. Dia dari sebuah sekolah pemulihan akhlak, namun mempunyai sahsiah
              terpuji.
              •   Aku membawa Lunjin Unggam ke kelas dan menempatkannya di hadapan meja guru.
              20 April 2015
              •   Aku menerima sepucuk surat daripada Lunjin Unggam yang menceritakan kisah silamnya. Aku
              terkejut dan terdiam seketika. Lunjin Unggam meminta ceritanya dirahsiakan.
              20 Jun 2015
              •   Aku mendapati Lunjin Unggam bijak dalam subjek Matematik dan Matematik Tambahan. Dia juga
              seorang yang rajin, bersopan santun dan rajin beribadat. Namun begitu, dia agak pendiam dan kurang
              bergaul dengan orang lain.

              15 Mac 2016
              •   Lunjin  Unggam  mendapat  keputusan  cemerlang  dalam  Sijil  Pelajaran  Malaysia  (SPM)  tahun
              2015. Ucapan terima kasih akhirnya terpacul daripada mulut Lunjin Unggam kepadaku. Terkelu
              aku mendengar ucapan terima kasih daripadanya.
       3      25 Jun 2016
              •
                  Lunjin Unggam mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.
              22 Ogos 2016
              •   Sebelum berangkat untuk melanjutkan pelajaran, Lunjin Unggam datang ke sekolah menemuiku
              dan meluahkan perasaannya. Dia bangga kerana dapat merealisasikan impian ibu bapanya. Baru
              aku sedar, selama ini diriku menjadi tempat untuknya menumpang kasih sayang. Aku berasa terharu.
              Semoga Lunjin Unggam terus berjaya.

              16 Mei 2020
              •   Aku menerima kad ucapan daripada Lunjin Unggam. Ucapan penghargaan yang tertulis
              pada  kad  tersebut  akan  terus  kukenang.  Kini,  Lunjin  Unggam  berjaya  menjadi  jurutera
              di sebuah syarikat cari gali minyak dan gas di luar negara.





              Secara berkumpulan, bincangkan soalan di bawah.
              1.  Jelaskan perasaan anda setelah membaca coretan
                  di atas.
              2.  Apakah pengajaran kisah ini?                          Bagaimanakah perlakuan moral
                                                                        dapat mengubah masa depan
              3.  Bagaimanakah amalan nilai kerohanian dapat            remaja tersebut?
                  mengubah corak hidup remaja agar lebih berjaya
                  dalam kehidupan?




             40
                     5.3.2, 5.3.3, 5.3.5
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55