Page 192 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 1
P. 192
LATIHAN PENGUKUHAN
1. Secara berkumpulan, sediakan empat menu makan tengah hari sempena
Hari Kantin Sekolah. Hasilkan menu yang menarik daripada sajian makanan
pelbagai kaum untuk gerai keusahawanan anda. Tampalkan gambar menu
makanan yang dipromosikan berbentuk ala carte.
Gerai Makanan Sihat dan Selamat
Menu 1 Menu 2 Menu 3 Menu 4
Ayam Golek Udang Mentega Ikan Terutup Daging Berlada
RM10.80 RM15.00 RM12.60 RM10.80
Setiap set dihidangkan bersama-sama dengan nasi putih, sayur, buah-buahan dan minuman.
2. Tuliskan kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang amalan pemakanan
tidak sihat dan tidak selamat.
Kesan Jangka Pendek Kesan Jangka Panjang
Pemakanan
___________________________________ ___________________________________

2
___________________________________ ___________________________________
Glosari
Ala carte bermaksud hidangan masakan yang tersenarai pada menu
yang boleh dipilih secara berasingan mengikut kesukaan pelanggan
pada harga yang telah ditetapkan.
183