Page 142 - Asas Komputer Tingkatan 1
P. 142

4.2.7   Pull-down Menu dalam HTML


                 Pull-down menu juga dikenali sebagai  drop-down menu,
                 drop-down list dan  drop-down box.  Pull-down menu
                 mengandungi satu senarai item yang akan muncul apabila
                 pengguna mengklik pada satu butang atau pilihan teks.              Cuba   Fikirkan
                    Pull-down menu juga menyenangkan proses memasukkan            Sekiranya kamu ingin
                                                                                  meletakkan beberapa
                 dan memilih satu item yang diperlukan daripada satu senarai      pilihan dalam menu,
                 yang panjang.                                                    bagaimanakah kamu

                    Dalam atur cara HTML, tag <select></select> digunakan         melakukannya?
                 untuk menghasilkan pull-down menu. Tag <option> dimasukkan
                 dalam tag <select> untuk menunjukkan jenis pilihan yang ada
                 dalam pull-down menu yang dibina.
                    Pull-down menu berfungsi sebagai alat pilihan untuk
                 memudahkan pengguna memasukkan data.  Pull-down menu
                 juga dapat menghindari pengguna daripada memasukkan
                 maklumat yang tidak tepat atau kesilapan ejaan.
                    Rajah 4.22 menunjukkan langkah-langkah untuk menulis kod HTML untuk meletakkan
                 pull-down menu dalam sesuatu laman sesawang.





                                                         Taipkan tajuk Pull-down menu dalam
                   Lancarkan dokumen baharu              tag <title></title>. Di bawah tag <title>
                   dalam perisian aplikasi               </title>, taipkan <p> Pilih Negeri </p>.
                   Notepad. Taipkan kod arahan           Kemudian, taipkan tag <option> dalam tag
                   asas HTML. Masukkan tag               <select></select>.
                   <select> </select> di dalam
                   tag <body></body>
























                                                                                                  133
                                                                             BAB 4  Kod Arahan





       UNIT04_4.2_131-144.indd   133                                                                   9/22/16   11:34 AM
   137   138   139   140   141   142   143   144   145   146   147