Page 18 - Asas Komputer Tingkatan 1
P. 18
1.1.3 Pengecaman Corak dalam Sesuatu Situasi
Pengecaman corak merupakan satu teknik yang boleh dilakukan antara masalah-masalah
yang berlainan atau antara bahagian kecil dalam masalah yang sama. Pengecaman corak
membolehkan kita menghasilkan satu idea yang boleh digunakan untuk menyelesaikan
masalah lain yang mempunyai persamaan. Masalah yang mempunyai corak yang sama akan
lebih mudah diselesaikan kerana kita boleh menggunakan kaedah penyelesaian masalah
yang sama.
Rajah 1.8 menunjukkan satu simulasi pergerakan untuk menyusun empat murid mengikut
nombor pada jersi dengan urutan menaik. Bolehkah anda mengecam corak pergerakan tersebut?
7 5 1 2
Kedudukan
awal
5 7 1 2
Langkah 1
5 1 7 2
Langkah 2
1 5 2 7
Langkah 3
1 2 5 7
Langkah 4
1 2 5 7
Langkah 5
Kedudukan 1 2 5 7
akhir
Rajah 1.8 Siri pergerakan untuk menyusun nombor
9
BAB 1 Konsep Asas Pemikiran Komputasional
UNIT01_1.1_2-18.indd 9 9/22/16 11:46 AM

