Page 32 - Asas Komputer Tingkatan 1
P. 32

Aktiviti Berfikir
                          Aktiviti Berfikir
                          Aktiviti Berfi kir 2.2
                               Berkumpulan
                                                Poster tarikh perduaan
                   1.  Bina sebuah poster tarikh perduaan. Poster yang direka bentuk perlu dapat
                      memaparkan tarikh dalam hari, bulan dan tahun mengikut format hh.bb.tttt. Jadual
                      di bawah menunjukkan suatu contoh reka bentuk tarikh perduaan.

                                       Hari        Bulan              Tahun
                                                                                 8
                                                                                 4
                                                                                2
                                                                               1

                   2.  Sediakan poster untuk hasil reka bentuk poster tarikh perduaan kumpulan anda bagi
                      memaparkan tarikh lahir salah seorang daripada ahli kumpulan anda.
                   3.  Setiap kumpulan perlu menampalkan poster yang dihasilkan pada dinding
                      untuk dipamerkan.



                  2.1.2   Penukaran Nombor Perduaan kepada Nombor Perpuluhan


                 Pada masa kini, semua komputer dan kebanyakan alatan elektronik menggunakan sistem
                 nombor perduaan untuk menyimpan dan mengolah data. Oleh yang demikian, pemahaman
                 terhadap sistem nombor perduaan menjadi penting. Pembelajaran tentang cara sesuatu
                 nombor perduaan bertukar kepada nombor perpuluhan dan sebaliknya adalah satu cara
                 bagi memahami sistem nombor perduaan.
                    Nilai tempat dalam sistem perduaan ialah 1, 2, 4, 8, 16, 32 dan seterusnya. Setiap nilai
                 tempat nombor perduaan adalah dua kali lebih besar daripada sebelumnya.
                    Rajah 2.2 menunjukkan proses penukaran nombor perduaan kepada nombor perpuluhan.
                 Perhatikan bahawa hanya dua buah mentol yang menyala iaitu pada nilai tempat 1 dan 2.
                 Mentol pada nilai tempat 4 dan 8 tidak menyala. Jika kita menggunakan 1 untuk mewakili
                 mentol yang menyala dan 0 untuk mewakili mentol yang tidak menyala, maka nombor
                 perduaan yang diwakili oleh susunan mentol ini ialah 0011. Nilai perpuluhannya ialah
                 (0 × 8) + (0 × 4) + (1 × 2) + (1 × 1) = 3.




                                           0    0    1    1     Nombor perduaan


                                           8    4    2    1     Nombor perpuluhan

                                           0    0    2    1            3

                                         Rajah 2.2   Penukaran nombor perduaan 0011
                                                  kepada nombor perpuluhan
                                                                                                   23
                                                                        BAB 2  Perwakilan Data





       UNIT02_2.1_20-38.indd   23                                                                      9/22/16   11:59 AM
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37