Page 42 - Asas Komputer Tingkatan 1
P. 42

Aktiviti Berfikir
                    Aktiviti Berfi kir 2.6
                       Individu
                                          Penyelesaian masalah operasi tolak
                    Hitung hasil tolak bagi dua nilai nombor perduaan yang berikut:
                    (a)  111 – 101                             (d)  11011101 – 10101001
                    (b)  1101 – 1001                           (e)  11001100 – 10000110
                    (c)  1011 – 1010                           (f)  10011001 – 10000001


                    Aktiviti Berfikir
                    Aktiviti Berfi kir 2.7
                       Individu
                                                Sistem nombor misteri
                   Teliti kedua-dua jadual di bawah.
                             Nombor perpuluhan                            Nombor perduaan
                    Nombor     Tambah “0”        Nilai             Nombor    Tambah “0”      Nilai
                     1           10          Sepuluh                1           10             2
                     10          100         Seratus                10          100            4
                     100         1 000       Seribu                 100         1 000          8
                     1 000       10 000      Sepuluh ribu           1 000       10 000         16

                   (a)  Apakah yang akan berlaku kepada nilai nombor perpuluhan apabila satu angka sifar
                      ditambah di sebelah kanan?
                   (b)  Apakah pula yang akan berlaku kepada nilai nombor perduaan apabila satu angka
                      sifar ditambah di sebelah kanan?
                   (c)  Berdasarkan corak yang ditemui dalam jadual di atas, lengkapkan jadual sistem
                      nombor misteri di bawah.
                                        Tambah  Tambah  Tambah  Tambah  Tambah              Tambah
                                          “0”       “0”       “0”       “0”       “0”         “0”
                    Nombor         1       10       100      1 000     10 000   100 000   1 000 000
                    Nilai          1       3         9         27
                    Nilai tempat   1      3|1      9|3|1    27|9|3|1

                   (d)  Namakan sistem nombor misteri ini.



                  2.1.6   Penambahan dan Penolakan Nombor Perduaan dalam
                           Menterjemah Aksara Pengekodan ASCII
                 Anda sudah tahu bahawa komputer hanya boleh memproses nombor perduaan yang mempunyai
                 dua digit iaitu 0 dan 1 sahaja. Pernahkah anda bayangkan, bagaimanakah anda mahu menulis
                 esei atau e-mel dengan menggunakan sistem nombor perduaan? Bagaimanakah komputer boleh
                 faham aksara-aksara seperti huruf, simbol khas dan digit yang ada pada papan kekunci?
                    Pada papan kekunci terdapat satu set kod piawai yang mewakili setiap aksara. Kod
                 tersebut dikenali sebagai kod ASCII iaitu singkatan daripada American Standard Code for
                 Information Interchange.
                                                                                                   33
                                                                        BAB 2  Perwakilan Data





       UNIT02_2.1_20-38.indd   33                                                                      9/22/16   11:59 AM
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47