Page 57 - Asas Komputer Tingkatan 1
P. 57

Aktiviti Berfi kir
                                             Aktiviti Berfikir2.11
                                                Individu
                Layari laman-laman
                sesawang yang berikut     Rajah  di bawah menunjukkan  gelombang  audio analog,
                untuk maklumat lanjut     gelombang audio digital kualiti CD dan gelombang audio
                tentang audio digital.    digital kualiti DVD. Bandingkan kualiti ketiga-tiga gelombang
                                          bunyi yang dihasilkan. Berikan sebab bagi jawapan anda.







                 http://goo.gl/bmYJox

                                                 Petunjuk:
                                                     Audio analog
                                                     Audio digital CD
                                                     Audio digital DVD
                http://goo.gl/BZGWP9




                2.2.2   Perkaitan Saiz Fail Imej dengan Format Fail


               Imej digital boleh disimpan dalam pelbagai format fail. Setiap jenis format fail mempunyai
               pelbagai kegunaan. Format yang dipilih untuk menyimpan sesuatu imej digital bergantung
               kepada kegunaannya. Jadual 2.14 menunjukkan empat contoh format fail imej digital yang
               biasa digunakan.
                                        Jadual 2.14  Jenis fail imej dan kegunaannya
                   Jenis fail                                 Kegunaan
                Joint         Banyak digunakan untuk menyimpan imej digital. Sesuai untuk imej yang
                Photographic   mempunyai bilangan warna antara 256 hingga 16 juta warna seperti gambar foto
                Experts Group  digital. Data imej dimampatkan untuk mengurangkan saiz fail. Saiz fail yang lebih
                (JPEG)        kecil membolehkan muat turun dari Internet dengan cepat. Walau bagaimanapun,
                              pemampatan mengurangkan kualiti imej. Format ini lazim digunakan di Internet
                              dan kamera digital berkualiti rendah.
                Graphics      Banyak digunakan di Internet. Format GIF sesuai digunakan untuk imej yang
                Interchange   mempunyai jumlah warna sehingga 256 warna. Lazimnya format ini digunakan untuk
                Format        lukisan dan kartun yang mudah. GIF juga merupakan satu format mampatan. GIF
                (GIF)         menyokong animasi dengan membenarkan beberapa imej disimpan dalam satu fail.
                Bitmap        Format ini sesuai untuk imej yang mempunyai bilangan warna antara 256 hingga
                (BMP)         16 juta warna. Data imej tidak boleh dimampatkan, maka saiz fail adalah besar.
                              Oleh itu, imej dalam format ini adalah berkualiti tinggi.
                Tagged Image   Banyak digunakan dalam industri percetakan dan penerbitan atas meja. Format ini
                File Format   sesuai untuk imej yang mempunyai bilangan warna sehingga 16 juta warna. Fail
                (TIFF)        imej boleh dimampatkan tanpa menjejaskan kualiti.

                  48
                         BAB 2  Perwakilan Data





       UNIT02_2.2_39-67.indd   48                                                                      9/22/16   11:40 AM
   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62