Page 72 - Asas Komputer Tingkatan 1
P. 72

Contoh 2.15

                 Kirakan saiz maksimum fail audio jika maklumat berikut diberikan. Kemudian, kirakan saiz
                 fail audio dalam unit bit, bait, kilobait, megabait, gigabait dan terabait.


                    Kedalaman bit  = 16 bit (2 bait)
                    Saluran        = Stereo (2 saluran)    Kadar sampel  = 192 000 sampel sesaat
                    Kadar sampel  = 192 KHz                Durasi audio  = 46 × 60 = 2760 saat
                    Durasi audio  = 46 minit               Saiz fail audio  = 192 000 × 2 × 2 × 2760
                                                                          = 2 119 680 000 bait

                 Saiz fail audio dalam unit bit, bait, kilobait, megabait, gigabait dan terabait.

                                                                                   10
                              Dalam bit        2 119 680 000 × 8      = 1.6957 × 10  bit
                              Dalam kilobait  2 119 680 000 ÷ 1024  = 2 070 000 kilobait
                              Dalam megabait  2 070 000 ÷ 1024        = 2 021.48 megabait
                              Dalam gigabait  2 021.48 ÷ 1024         = 1.974 gigabait
                              Dalam terabait  1.974 ÷ 1024            = 0.00193 terabait




                           Aktiviti Berfikir
                           Aktiviti Berfikir
                           Aktiviti Berfi kir 2.15
                               Berkumpulan
                                          Pembentangan poster dalam kelas
                  1.  Bentukkan kumpulan yang akan mengumpulkan fail imej digital dan kumpulan yang
                      akan mengumpulkan fail audio digital daripada pelbagai sumber.
                  2.  Kumpulan yang ditugaskan untuk mengumpulkan fail imej digital perlu mendapatkan
                      maklumat berikut:
                      (a)  Nama fail
                      (b)  Resolusi (dpi)
                      (c)  Dimensi (piksel)
                      (d)  Kedalaman bit (bit)
                      (e)  Saiz fail
                  3.  Kumpulan yang ditugaskan untuk mengumpulkan fail audio digital perlu mendapatkan
                      maklumat berikut:
                      (a)  Nama fail                        (d)  Kadar sampel (Hz)
                      (b)  Tempoh (saat)                    (e)  Saluran
                      (c)  Kedalaman bit (bit)              (f)  Saiz fail
                  4.  Kesemua kumpulan diminta untuk menyediakan pembentangan dalam bentuk
                      lembaran grafi k yang sesuai.
                  5.  Hasil kerja lembaran grafi k yang disediakan ditampal di dalam kelas. Seorang ketua
                      dilantik untuk memberikan penerangan hasil pembentangan kumpulan.
                  6.  Kemudian, semua murid boleh bergerak untuk melihat hasil kerja dan bertanya tentang
                      hasil kerja kumpulan lain.

                                                                                                   63
                                                                        BAB 2  Perwakilan Data





       UNIT02_2.2_39-67.indd   63                                                                      9/22/16   11:41 AM
   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77