Page 98 - Asas Komputer Tingkatan 1
P. 98

Langkah 3 – Proses
                 Bergerak ke depan satu langkah setiap kali. Semak petak di depannya sebelum bergerak.
                 Sekiranya ada halangan (petak berwarna putih) robot perlu berpusing ke kiri atau ke kanan
                 kemudian bergerak ke depan dalam arah yang baharu.
                 Langkah 4 – Output
                 Tugas ini tidak menghasilkan data output.
                 Langkah 5 – Mereka bentuk algoritma

                  1. Jika sudah sampai di petak destinasi K, melangkau ke Langkah 7.
                  2. Jika depan boleh gerak, kekal menghadap depan. Melangkau ke Langkah 5.
                  3. Jika sebelah kanan boleh gerak, pusing ke kanan. Melangkau ke Langkah 5.
                  4. Jika sebelah kiri gerak jalan, pusing ke kiri. Melangkau ke Langkah 5.
                  5. Gerak satu petak ke depan.
                  6. Ulangi Langkah 1 hingga 5.
                  7. Tamat.


                 Langkah 6 – Menulis pseudokod untuk mewakili algoritma


                  MULA
                    SELAGI belum sampai di petak K
                      JIKA depan boleh gerak
                       KEKAL menghadap depan
                      JIKA sebelah kanan boleh gerak
                       PUSING ke kanan
                      JIKA TIDAK                     Sebab arah depan dan
                       PUSING ke kiri                kanan tidak boleh gerak.
                      TAMAT JIKA
                      GERAK satu petak ke depan
                    TAMAT SELAGI
                  TAMAT






                    Aktiviti Berfikir
                    Aktiviti Berfi kir 3.8
                       Individu
                                    Melukis carta alir untuk algoritma pandu arah

                  1.  Lukis carta alir berdasarkan pseudokod dalam Contoh 3.2.
                  2.  Semak algoritma pandu arah dengan menggunakan teknik langkah demi langkah.
                      Pada pendapat anda, mengapakah teknik semakan meja tidak sesuai digunakan untuk
                      menyemak algoritma ini?
                  3.  Sekiranya tempat permulaan ditukarkan ke petak B, adakah cadangan algoritma dalam
                      pandu arah ini masih boleh digunakan? Cuba bayangkan robot kumbang kura-kura
                      di tempat permulaan B dan gunakan teknik langkah demi langkah untuk menguji
                      algoritma ini.



                                                                                                   89
                                                                               BAB 3  Algoritma





       UNIT03_3.1_70-91.indd   89                                                                      11/11/16   2:46 PM
   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103