Page 180 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan2
P. 180

Batas Perhubungan                                                                                                                                        Mengekalkan
            Batas Perhubungan
                                                                                                                                                                  Perhubungan dan

            Terdapat pelbagai jenis perhubungan yang wujud pada peringkat remaja. Contohnya, hubungan                                                           Pergaulan yang Sihat
            dengan ibu bapa, adik-beradik, sanak saudara, kawan karib, guru dan masyarakat. Perhubungan
            juga dapat diistilahkan sebagai ikatan persaudaraan, pertalian darah atau perkahwinan, urusan yang
            berkaitan perasaan dan hubungan emosi atau seksual. Hubungan yang sihat akan memberikan
            penghormatan dan kebebasan sesama individu dan berkemungkinan akan terus erat. Sebaliknya                                                                                      Pergaulan antara lelaki
            jika dikongkong, hubungan ini berkemungkinan renggang dan akhirnya lenyap.                                                                       berkongsi masalah               dengan perempuan

                                                                                                                                                             Tidak merahsiakan                  Menjaga batas
                                                                                                                                                              masalah. Sentiasa
                                      bATAS PERHUbUNGAN YANG SIHAT                                                                                            berkongsi dengan                pergaulan dan tidak
                                                                                                                                                               guru atau rakan.              bebas bergaul antara
                                                                                                                                                                                               berlainan jantina.
                RASA HORMAT                                     KEJUJURAN
                Hormat antara satu sama lain. Tidak melebihi
                had dan batas yang tidak disukai pasangan.      Seiring dengan kepercayaan.
                                                                Tidak menipu dan bersikap jujur
                                                                walaupun dalam apa juga situasi.
                    KEPERCAYAAN
                    Amat penting dalam sesuatu hubungan         KESAKSAMAAN
                    sebagai tanda percaya  dan mempercayai
                    tanpa ada syak wasangka.                    Memberi dan menerima seadanya.                                                           bersalaman                                                                PEERS
                                                                Tidak bersikap mementingkan diri                                                       dengan rakan
                                                                sendiri dan adil.
     PEERS
                                                                                                                                                    Menjaga hubungan                 Pergaulan antara
                SOKONGAN                                                                                                                            yang mesra dengan               guru dengan murid
                Perlu dalam apa juga situasi sama ada senang    KOMPROMI                                                                                rakan-rakan.
                atau susah. Bersedia memberi  dan menerima      Tolak ansur diperlukan ketika                                                                                       Menjaga adab ketika
                galakan yang mendatangkan kebaikan.                                                                                                                                     berhadapan
                                                                mendapatkan persetujuan atau                                                                                            dengan guru.
                                                                penyelesaian masalah.
                KOMUNIKASI bERKESAN
                Berkomunikasi secara telus, bahasa yang
                lembut, suara yang jelas, tidak mengikut
                emosi, berfikir sebelum bercakap dan tidak
                memaksa pasangan melakukan sesuatu di
                luar batasan.



                                                                                                                                                                                Menghormati privasi

                         Tulis esei mengenai                                                                                        Jalan menunduk di                             Tidak menceroboh
                         peranan teknologi dalam                                                                                     hadapan orang tua                           atau mengganggu
                         mengekalkan perhubungan                                                                                    Sentiasa menghormati                            hak peribadi
                         yang sihat.                                                                                                                                                 orang lain.
                                                                                                                                       orang yang lebih
                                                                                                                                       dewasa atau tua.



           172      SP: 5.1.1                                                                                                                                                                            SP: 5.1.2       173
   175   176   177   178   179   180   181   182   183   184   185