Page 11 - TOKOH PEMIMPIN JOHOR
P. 11
KESIMPULAN
Kesimpulannya, Dato’ Onn telah memainkan peranan yang penting dalam menaikkan semangat nasionalisme orang Melayu untuk menentang Malayan
Union. Beliau dianggap sebagai seorang yang berkarisma tinggi dalam menggerakkan orang Melayu ke arah satu pertubuhan yang bercorak nasionalisme iaitu
dengan penubuhan parti UMNO yang akhirnya dianggap sbagai sebuah parti utama yang mampu memperjuangkan hak orang Melayu dan kedaulatan raja-raja
Melayu. Selain itu, kepimpinan politik Dato’ Onn juga boleh dilihat dalam keakrifan beliau dalam
menyelesaikan pergaduhan kaum yang berlaku di Batu Bahat ketika zaman kekejaman komunis. Walaupun beliau
pernah dibuang negeri ke Singapura kerana berselisihan pendapat dengan Sultan Ibrahim, namun beliau tetap setia kepada Sultan Ibrahim dan negeri Johor
sehingga beliau telah menjejak langkah bapanya menjad Menteri Besar Johor. Kerjaya politik Dato Onn dalam UMNO tidak bertahan lam aapabila hasrat
beliau untuk membuka keahlian UMNO ditentang oleh ahli UMNO sehingga beliau mengumumkan untuk keluar dari UMNO dan membentuk Independent
Malay Parti yang keahliannya bersifat terbuka. Hal ini, kerana beliau tidak mahu rakyat Tanah Melayu yang akan dibentuk bersifat terpisah
berdasarkan perkauman

