Page 4 - PELAN HARIAN RAMADHAN
P. 4

AGENDA RAMADAN





              Solat (Sunat)


               Daripada Ummu Habibah      , beliau berkata bahawa
               Rasulullah (ﷺ) bersabda:
               Barangsiapa yang mengerjakan solat (sunat) sebanyak dua
               belas rakaat dalam sehari semalam kelak akan
               dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga. Dua belas
               rakaat itu adalah empat rakaat sebelum solat Zohor, dua
               rakaat setelah solat Zohor, dua rakaat setelah solat
               Maghrib, dua rakaat setelah solat Isya' dan dua rakaat
               sebelum solat Subuh.
               [Tirmidhi]

               Dari Ali bin Abu Thalib     , beliau meriwayatkan, Nabi
               Muhammad(ﷺ) sering melaksanakan solat sunat dua
               rakaat sebelum solat Asar.
               [Abu Dawud]



               Solat (Taraweeh)


              Barangsiapa melaksanakan solat malam di bulan Ramadan
              (solat taraweeh) atas dasar iman dan mengharap pahala
              dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan
              diampuni.
              [Al Bukhari]



              Bacaan Al Qur'an



               Pelan dan jadualkan pelbagai jenis ibadah pada setiap
               waktu solat -
               Contoh: Membaca dua muka surat Al-Qur'an, sebelum dan
               selepas setiap solat fardu = 1 juz sehari.



               Amalan Harian



               Untuk bacaan zikir pagi dan petang, anda boleh merujuk
               buku Hisnul Muslim, "Daily Adhkar by Ummah Welfare
               Trust" atau dari mana-mana rujukan lain yang
               bersumberkan Al-Qur'an dan Sunnah.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9