Page 7 - modul-intensif-t5-jawapan- B6-B7
P. 7

MODUL INTENSIF SEJARAH TINGKATAN 5 | EDISI MURID 2011


               8.   Apakah peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)?
                    Peranan SPR ialah
                    F1   menjalankan pilihan raya umum atau pilihan raya kecil
                    F2   dengan adil, dan saksama
                    F3   menjalankan pendaftaran pemilih
                    F4   menentukan sempadan pilihan raya

               9.   Apakah syarat untuk menjadi calon dalam pilihan raya?
                    Syarat untuk menjadi calon dalam pilihan raya ialah
                    F1   warganegara Malaysia
                    F2   berumur 21 tahun
                    F3   bermastautin di Malaysia
                    F4   sempurna akal
                    F5   bukan orang muflis
                    F6   tidak disabitkan dengan kesalahan mahkamah
                    F7   tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam
                    F8   mengemukakan kertas penamaan calon

               10.   Apakah syarat-syarat untuk menjadi pengundi?
                    Syarat-syarat untuk menjadi pengundi ialah
                    F1   berumur 21 tahun
                    F2   bermastautin atau tidak bermastautin
                    F3   mendaftar daftar pemilih
                    F4   pasukan keselamatan mengundi melalui pos

               11.   Mengapakah pilihan raya kecil diadakan?
                    Pilihan raya kecil diadakan kerana
                    F1   kematian wakil rakyat
                    F2   peletakan jawatan wakil rakyat
                    F3   pelucutan jawatan wakil rakyat

               12.   Mengapakah negara kita mengadakan pilihan raya?
                    Negara kita mengadakan pilihan raya kerana
                    F1   melibatkan rakyat memilih pemimpin negara
                    F2   menentukan bentuk kerajaan
                    F3   menjamin kerajaan yang cekap
                    F4   melaksanakan sistem demokrasi









                     GURU CEMERLANG SEJARAH JPWPKL 2011          23
   2   3   4   5   6   7   8   9   10