Page 112 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 112

104






                     2.    Merancang,  mengurus,  membimbing  dan  bekerjasama  dengan  panitia  mata
                           pelajaran untuk menyediakan kemudahan ICT yang terdapat di sekolah bagi tujuan
                           pengintegrasian dalam pengajaran dan pembelajaran.
                     3.    Merancang,  mengurus,  membimbing  dan  bekerjasama  dengan  panitia  mata

                           pelajaran untuk menyelaraskan pembekalan perisian-perisian aplikasi pendidikan di
                           sekolah berdasarkan keperluan bagi tujuan pengintegrasian dalam pengajaran dan
                           pembelajaran.
                     4.    Mengurus,  menyelaraskan  dan  menyediakan  akaun  pengguna  emel  bagi  warga
                           sekolah untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan pentadbiran
                           sekolah.
                     5.    Merancang,  menyelaraskan,  mengurus  dan  menjadualkan  penyelenggaraan
                           (corrective and preventive) kemudahan ICT dan perisian-perisian aplikasi pendidikan
                           oleh  Juruteknik  Komputer  serta  menyelesaikan  masalah  teknikal  yang  mungkin

                           timbul dari semasa ke semasa
                     6.    Mengurus,  memantau  dan  melaksanakan  program  bagi  mempromosi  penyaluran
                           maklumat berkaitan integriti, etika penggunaan, isu-isu sosial dan keselamatan data
                           yang berkaitan dengan teknologi di sekolah.
                     7.    Menyediakan laporan dan maklumat perkembangan aktiviti Pembestarian Sekolah
                           kepada pihak yang berkenaan.


               (B)  KHIDMAT BANTU KEPAKARAN ICT SEKOLAH
                          (B1)       PENTADBIR, GURU DAN STAF
                     1.    Merancang  dan  menyediakan  program  bimbingan  dan  galak  guna  bagi  guru
                           menggunakan kemudahan ICT secara efektif dalam mengintegrasikan ICT dalam
                           PdP.
                     2.    Merancang  dan  menyediakan  program  bimbingan  dan  galak  guna  bagi  staf
                           menggunakan  kemudahan  ICT  secara  efektif  dalam  aktiviti  pengurusan  dan
                           pentadbiran.
                     3.    Merancang  dan  menyediakan  khidmat  bantu  di  sekolah  sebagai  pakar  rujuk

                           berkaitan  teknologi  pendidikan  untuk  tujuan  pengajaran,  pembelajaran  dan
                           pentadbiran.
                     4.    Merancang,  menyelaraskan  dan  melaksanakan  program  latihan  dan  bimbingan
                           untuk guru meningkatkan kemahiran abad ke21 dalam pembelajaran murid dengan
                           mengintegrasikan ICT melalui pengajaran dan pembelajaran.
                     5.    Membantu guru dalam pembangunan objek pembelajaran serta bahan pengajaran
                           dan  pembelajaran  yang  boleh  digunakan  dalam  pelbagai  platform,  seperti  laman

                           web, pangkalan data, aplikasi interaktif, blog, wifi, laman perkongsian video dan lain-
                           lain untuk membantu guru mengintegrasikan ICT dalam PdP.
   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117