Page 137 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 137

129






               1.    Mengendali  sesi kaunseling  individu  sekurang-kurangnya  lima (5)  waktu  seminggu  dan
                     kaunseling  kelompok  sekurang-kurangnya  satu  (1)  waktu  seminggu.  Murid  boleh
                     mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling pada bila-bila masa dalam dan luar
                     waktu persekolahan mengikut kesesuaian.

               2.    Bertanggungjawab membimbing murid berkaitan kemahiran belajar, pendidikan panduan
                     kerjaya  murid,  pendidikan  psikososial  dan  kesejahteraan  mental  murid,  pendidikan
                     kepimpinan murid, pendidikan pencegahan dadah dan rokok serta pendidikan pencegahan
                     HIV dan AIDS.
               3.    Bertanggungjawab memperkukuhkan program pembangunan modal insan dalam kalangan
                     murid  sekolah  melalui  Program  Kaunseling  Berfokus,  Program  Pembimbing  Rakan
                     Sebaya,  Program  Kepemimpinan  Pengawas,  Program  Orientasi  Murid  dan  Kelab
                     Bimbingan dan Kaunseling.
               4.    Menganggotai dan menjadi Setiausaha Jawatankuasa Unit Bimbingan dan Kaunseling.

               5.    Merancang  dan  memastikan  program  dan  aktiviti  untuk  murid  berdasarkan  fokus
                     perkhidmatan  unit  bimbingan  dan  kaunseling  iaitu  pembangunan  dan  pengembangan
                     sahsiah murid, peningkatan disiplin diri murid, pendidikan kerjaya murid dan psikososial
                     serta kesejahteraan mental murid.
               6.    Menyediakan  perkhidmatan  kaunseling  dan  bimbingan  khas  kepada  murid-murid
                     berkeperluan khas di sekolah. GBK juga bertanggungjawab membimbing murid lain untuk
                     menerima,  membantu  dan  sentiasa  memberi  pertolongan  kepada  murid-murid

                     berkeperluan khas.
               7.    Membuat rujukan atau memberi khidmat kaunseling kepada murid, guru, kakitangan serta
                     sesiapa sahaja yang memerlukan sekiranya berlaku krisis dalam kawasan sekolah.
               8.    Membuat penilaian diagnostik keperluan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah
                     melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan murid, guru,
                     pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas murid.
               9.    Membuat  sebaran  kepada  murid  berkaitan  perkhidmatan  yang  boleh  diberi  oleh  unit
                     bimbingan dan kaunseling.
               10.  Menyediakan  jadual  waktu  perkhidmatan  bimbingan  dan  kaunseling  persendirian

                     berdasarkan  sasaran  kerja  mingguan  yang  perlu  mendapat  pengesahan  PGB.  Jadual
                     waktu  ini  hendaklah  dipamerkan  dalam  setiap  kelas  dan  papan  kenyataan  utama  Unit
                     Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
               11.  Menerima  kelas  ganti  tidak  lebih  dua  (2)  waktu  sehari  dan  lapan  (8)  waktu  seminggu.
                     Semasa kelas ganti, GBK hendaklah melaksanakan Modul Perkhidmatan Bimbingan dan
                     Kaunseling yang telah disediakan KPM.
               12.  Menyedia  dan  melaporkan  segala  aktiviti  harian  dalam  Buku  Rekod  Perkhidmatan

                     Bimbingan  dan  Kaunseling/Sistem  ePerkhidmatan  Kaunseling  Murid  (SePKM).  Rekod
   132   133   134   135   136   137   138   139   140   141   142