Page 21 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 21

20






                           negara,  dan  meningkatkan  bilangan  murid  bumiputera  yang  layak  meneruskan
                           pengajian  dalam  bidang  profesional  serta  membentuk  watak  sekolah  yang  boleh
                           dijadikan penandaarasan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.


                     D.    Sekolah Menengah Teknik (SMT)
                           SMT menawarkan  pendidikan  di  peringkat  menengah  atas,  iaitu  Tingkatan  4  dan
                           Tingkatan  5  kepada  murid  yang  cenderung  dalam  bidang  Sains  dan  Teknologi.
                           Setelah  tamat  pengajian  di  SMT,  murid  berpeluang  melanjutkan  pelajaran  ke
                           peringkat yang lebih tinggi sama ada di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau
                           swasta. Matlamatnya adalah untuk menyediakan tenaga kerja mahir dan separuh
                           mahir yang mencukupi.

                     E.    Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)

                           SMKA diwujudkan bertujuan untuk menawarkan pelbagai program Pendidikan Islam
                           berkualiti dan terancang ke arah melahirkan profesional dan teknorat yang beragama
                           (mutadayyin), dan ulamak yang berwibawa.

                     F.    Sekolah Sukan Malaysia (SSM)
                           SSM  diwujudkan  bertujuan  untuk meningkatkan tahap  pengetahuan,  pengalaman
                           dan  kemahiran  atlet  murid  dalam  bidang  sukan  tanpa  mengabaikan  pencapaian

                           akademik ke arah melahirkan atlet murid bertaraf dunia.

                     G.    Sekolah Seni Malaysia (SSeM)
                           SSeM  merupakan  sebuah  institusi  pendidikan  yang  menyediakan  kemudahan
                           kepada murid menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaan tanah air secara aktif dan
                           kreatif bagi melahirkan ilmuan yang berbudaya dan budayawan yang berilmu.

                     H.    Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Menengah (SABKM)
                           Sekolah Menengah Agama Rakyat atau Negeri yang telah diserap ke dalam aliran

                           perdana  dan  melaksanakan  kurikulum  kebangsaan.  Pemilik  tanah  dan  bangunan
                           dikekalkan.
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26