Page 281 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 281

273






                     5.    Merancang dan melaksanakan Program Kepimpinan Pengawas.
                     6.    Bersama-sama  guru  disiplin  dan  UBK  untuk  melaksanakan  perancangan
                           peningkatan sahsiah.




                     JM27 | JK Pengurusan 3K (Kebersihan, Kesihatan, Keselamatan)

               RUJUKAN
                 i.    Pengurusan Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan Di sekolah KPM

               (A)    TUGAS UTAMA JAWATANKUASA 3K
                     1.    PGB  dan  GPK  melakukan  pemantauan,  kawal  selia  dan  pengesahan  prestasi

                           perkhidmatan kerja-kerja pembersihan dan keselamatan di sekolah.
                     2.    Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa 3K peringkat sekolah tiga (3) kali setahun.
                           (Januari, Jun dan September).
                     3.    Merancang dan mengemaskinikan Program 3K peringkat sekolah.
                     4.    Memastikan warga sekolah melaksanakan Program 3K.
                     5.    Mendapatkan  kerjasama  daripada  PIBG  dan  agensi  berkaitan  untuk  menyokong
                           pelaksanaan Program 3K.

                     6.    Menyediakan laporan pelaksanaan Program 3K peringkat sekolah.
                     7.    Laporan segera kes aduan mengikut tempoh 1:3:7 kepada PPD. (1 hari laporan awal,
                           3 hari laporan lengkap, 7 hari kes telah selesai dan diambil tindakan)
                     8.    Mengumpul maklumat program 3K
                           a.  Penggredan Kendiri Kantin Sekolah (oleh Pengusaha Kantin).
                           b.  Senarai Semak Keselamatan Sekolah.

               (B)  KEBERSIHAN DAN KECERIAAN
                     RUJUKAN
                      i.    Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan  6/1987 : Amalan Kebersihan Di Sekolah.
                      ii.    Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 1/1996 : Sikap Mengutamakan Keceriaan Dan Kebersihan
                            Di Kalangan Pelajar.
                     iii.    Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 6/1998 : Menjaga Kesihatan Murid di Sekolah.

                     1.    Memastikan iklim suasana sekolah yang menekankan aspek kebersihan pada setiap
                           masa.
                     2.    Memastikan panduan kebersihan bagi sekolah dipatuhi.
   276   277   278   279   280   281   282   283   284   285   286