Page 76 - MANUAL PENGURUSAN SEKAYA 2022
P. 76
MANUAL PENGURUSAN & PENTADBIRAN
SMK TAMAN KOTA JAYA | 2022
Senarai Tugas Setiausaha dan Penolong Setiausaha Kokurikulum
1. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
2. Membantu Pengetua dalam merancang, pengagihan tugas pelaksanaan, pemantauan dan
penilaian ke atas murid.
3. Mengurus dan menentukan pemilihan peserta dalam pertandingan pada peringkat
persatuan/kelab, badan beruniform, sukan dan permainan.
4. Menentukan langkah-langkah keselamatan bagi murid semasa mengikuti aktiviti kokurikulum.
5. Memastikan rekod dan data kokurikulum murid diselenggara dengan baik.
6. Memastikan borang-borang dan dokumen kokurikulum yang digunakan sentiasa kemas kini
dan mencukupi.
7. Mengenalpasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum serta menyusun
dan melaksanakan latihan untuk mereka.
Senarai Tugas Penyelaras Pasukan Beruniform / Kelab/ Persatuan
1. Membentuk Jawatankuasa Pasukan beruniform/ kelab/ persatuan.
2. Memastikan aktiviti Pasukan/ kelab/ persatuan selaras dengan objektif sekolah.
3. Memastikan adanya pendaftaran, perlembagaan, senarai ahli, senarai aktiviti dan Rekod
Kehadiran.
4. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang telah dirancang.
5. Memastikan aktiviti tahunan dilaksanakan mengikut jadual yang dirancang.
6. Mengurus kewangan, harta benda dan peralatan pasukan dengan baik.
7. Memastikan minit mesyuarat dan laporan persatuan disediakan dan difailkan.
8. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan aktiviti seperti hari Kokurikulum, Hari
Sukan sebagainya yang diarahkan oleh pengetua.
9. Menguruskan surat menyurat dan keperluan lain untuk kegiatan kokurikulum.
10. Menguruskan papan kenyataan pasukan/kelab/ persatuan dengan baik.
11. Memastikan tiada unsur subrvesif tersebar dalam kalangan pelajar.
12. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima sijil penghargaan kepada jawatankuasa
pengelola kokurikulum sekolah.
13. Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum sekolah.
14. Menguruskan buku laporan kokurikulum murid:
✓ Mengagihkan kepada guru tingkatan untuk diedarkan kepada murid pada tarikh
yang ditetapkan.
✓ Mengumpulkan buku kokurikulum pada akhir tahun untuk disimpan dan direkod.
70
MERAIKAN KEPELBAGAIAN MENINGKATKAN KEBERHASILAN | SEKAYA 2022

