Page 104 - ANYFLIPMANUALPENGURUSAN21pdf
P. 104

MANUAL PENGURUSAN SEKAYA 2021
                               SMK TAMAN KOTA JAYA

                                     JAWATANKUASA KEBAJIKAN DAN BANTUAN PELAJAR

            4.  Tugas Setiausaha:
              1.  Menguruskan surat panggilan mesyuarat dan mencatat minit mesyuarat.
              2.  Memastikan aktiviti berjalan dan menyediakan laporan setiap aktiviti seterusnya menyerahkan kepada PK HEM.
              3.  Menguruskan fail dengan baik.

            Tugas  JK Kebajikan:
              1.  Mengadakan mesyuarat secara berkala.
              2.  Menyelaras tugas pengurusan bantuan murid.
              3.  Membuat pemilihan pelajar yang layak menerima bantuan.
              4.  Menyalur dan memantau bantuan serta menyenggara rekod bantuan-bantuan seperti yang ditetapkan dalam Surat
                Pekeliling/Surat Siaran.
              5.  Mencari jalan  daripada pelbagai aspek untuk mendapatkan apa-apa bentuk bantuan memohon sumbangan dan
                kewangan bagi kemudahan dan keselesaan murid.
              6.  Memastikan semua urusan yang berkaitan dengan insurans takaful murid berjaya diuruskan dengan berkesan.
              7.  Mengadakan daftar sumbangan dan daftar penerima yang kemas kini.
                8.  Menguruskan derma daripada pihak luar.
                9.  Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.


            5.  Tugas  JK Biasiswa/ KWAPM / Bantuan Lain:
             1.   Meneliti pekeliling dari Kementerian Pendidikan dan JPNJ dan pihak penaja untuk memastikan syarat dipatuhi.
             2.  Menyimpan rekod pemegang biasiswa.
             3.  Mengedarkan borang biasiswa kepada pelajar Tingkatan Satu, dan Empat mengikut masa tawaran.
             4.  Menyemak permohonan biasiswa, menentukan tarikh penghantaran, membuat penilaian dan perakuan.
             5.  Memastikan bantuan biasiswa dibankkan dan diagihkan dengan segera kecuali BKP (automatik).
             6.  Menyemak daftar pemegang biasiswa mengikut Tingkatan setiap penggal.
             7.  Memberitahu ibubapa pelajar yang mendapat biasiswa.
             8.  Menyemak prestasi pemegang biasiswa dan menyampaikan laporan kepada HEM.
             9.  Menghantar surat amaran kepada ibubapa/penjaga bagi pemegang biasiswa yang terlibat dalam salah laku disiplin
                dan prestasi akademik merosot.
             10.  Mewujudkan borang kawalan pengeluaran dan penggunaan wang biasiswa.
             11.  Menguruskan borang pertukaran biasiswa bagi pelajar yang bertukar sekolah.
             12.  Memastikan semua buku akaun disimpan di pejabat sekolah.

                          PERANCANGAN TAHUNAN BADAN KEBAJIKAN MURID TABUNG MURID MISKIN

               1.   Mengumpulkan maklumat dan mengenalpasti murid-murid miskin dan anak yatim.
               2.  Menguruskan bantuan kebajikan.
               3.  Sentiasa berhubung erat dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
               4.  Menguruskan Tabung Derma Kilat  jika berlaku kematian, kemalangan dan sebagainya untuk
                      disumbangkan kepada keluarga mangsa.
               5.  Membuat laporan dan menyerahkan senarai nama murid berkenaan kepada pihak Pentadbir (Unit HEM).

                                  PROSEDUR PELAKSANAAN PENGAGIHAN BANTUAN KWAMP

                   1.   Taklimat pelaksanaan Bantuan KWAPM oleh Pengerusi KWAMP.
                   2.  Mengedarkan borang kepada semua pelajar dari ting 1 hingga melalui guru kelas masing-masing.
                   3.  Mengumpul dan menerima borang daripada guru kelas masing-masing.
                   4.  AJK KWAMP mem buat pemilihan untuk menentukan pelajar yang layak menerima  bersama dengan Para
                       Pentadbir Sekolah, Wakil daripada PIBG dan Para Penyelia Pembangunan Mukim.
                   5.  Borang Rumusan KWAPM peringkat sekolah dikemaskini dan dihantar ke PPD.
                   6.  Borang Rumusan peringkat PPD dihantar ke unit HEM JPN untuk dikemaskini dan dibawa ke Bahagian
                       Biasiswa Kementerian Pelajaran.
                   7.  Pelajar yang dikenalpasti layak mendapat bantuan dimaklumkan untuk membuka akaun di Bank yang
                       terpilih.
                   8.  Majlis Pengagihan bantuan KWAPM diadakan.
                   9.  Ibubapa/penjaga boleh mendapatkan wang di bank.
                   10.  Pelajar yang tercicir layak dipertimbangkan untuk membuat rayuan dan borang rayuan diedarkan kepada
                       pelajar yang terbabit dan prosedur pemilihan dijalankan.





                                                                                                            104
   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109