Page 66 - ANYFLIPMANUALPENGURUSAN21pdf
P. 66
MANUAL PENGURUSAN SEKAYA 2021
SMK TAMAN KOTA JAYA
Penolong Setiausaha PBD
(Menengah Rendah) : Pn Hajah Ermawati binti Ahmad
Penyelaras Penjaminan Kualiti : Semua GKMP
(4P)
Penyelaras Tingkatan : Tingkatan 1 – Pn Noor Erziana Binti Md Salleh
Tingkatan 2 – Pn Siti Aishah Binti Che Mat
Tingkatan 3 – Cik Siti Norsyahmi Binti Abu Bakar
Tingkatan 4 – Pn Sabariah Binti Mat
Tingkatan 5 – Pn Suhaila Binti Ramli
SETIAUSAHA PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN
1. Menyediakan jadual waktu peperiksaan peringkat sekolah.
2. Menyediakan jadual Pembina Soalan.
3. Menguruskan percetakan, pembahagian dan tempat menyimpan kertas soalan.
4. Memastikan keselamatan kertas-kertas soalan.
5. Memastikan kertas-kertas soalan diedarkan kepada pengawas peperiksaan sebelum peperiksaan dijalankan.
6. Memastikan skema jawapan disediakan oleh ahli panel penggubalan soalan.
7. Memastikan jadual waktu pemeriksaan kertas jawapan mengikut jangka masa yang ditetapkan.
8. Memastikan kertas soalan disimpan untuk rujukan.
9. Menetapkan tarikh perjumpaan ibu bapa dengan guru untuk membincangkan kemajuan pelajar.
10.Membuat analisis bagi setiap ujian dan peperiksaan yang dijalankan.
PENYELARAS TINGKATAN DAN PBS
1. Membantu setiausaha peperiksaan menjalankan tugas-tugas seperti di atas.
2. Memastikan semua skor setiap mata pelajaran dapat laporkan mengikut tarikh yang ditetapkan.
3. Memastikan skor PBS sentiasa dikemas kini dan disimpan untuk dokumentasi.
SETIAUSAHA PT3 dan SPM
1. Memberi penerangan tentang hal-hal yang berkaitan mengenai peperiksaan kepada guru tingkatan.
2. Mengedarkan borang-borang kemasukan peperiksaan ( Borang Sekolah / Borang Sementara ) untuk diisi oleh
pelajar dengan kerjasama guru tingkatan.
3. Menghadiri taklimat peperiksaan yang berkaitan yang biasanya diberikan oleh JPN dan Lembaga
Peperiksaan.
4. Mengumpulkan, menyemak borang-borang kemasukan ( Borang Sementara ) dengan kerjasama guru
tingkatan.
5. Mengisi borang komputer kemasukan peperiksaan PT3 / SPM.
6. Memasukkan data pelajar ke dalam komputer dan membuat salinan untuk Lembaga Peperiksaan, JPN dan
sekolah.
7. Memaklumkan kepada Guru Penolong Kanan HEM jika ada pelajar yang tidak mampu membayar dan
memerlukan bantuan PIBG / Tabung Kebajikan Sekolah untuk tindakan selanjutnya.
8. Menguruskan borang-borang yang berkaitan dengan peperiksaan PT3 / SPM :
Analisis kertas soalan
Borang kewangan
Borang keterangan pelajar yang tidak memiliki kad pengenalan
Borang-borang lain yang berkaitan
9. Menentukan bilik-bilik darjah dan dewan yang akan digunakan sebagai bilik peperiksaan bertulis dan
peperiksaan lisan.
10.Menyediakan pelan tempat duduk calon bagi bilik peperiksaan dan dewan dalam 4 salinan.
11.Menyediakan label meja calon yang ditampal di atas meja.
12.Menyediakan perkara-perkara berikut untuk peperiksaan :
1 Almari 2 Jam dinding 3 Kapur 4 Pemadam 5 Lain-lain yang difikirkan
perlu / sesuai
13.Menyediakan papan tunjuk arah untuk digunakan semasa peperiksaan.
14.Menyediakan jadual peperiksaan Ujian Lisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris PT3 & SPM.
15.Menyediakan bilik-bilik peperiksaan dan kelengkapan-kelengkapan yang diperlukan untuk calon persendirian
jika ada.
16.Berkerjasama dengan dengan Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Panitia dalam menentukan kelancaran
perjalanan kerja kursus dan lain-lain amali.
17.Penyelaras peperiksaan PT3 dan SPM mesti berada di sekolah pada hari terakhir peperiksaan dan pastikan
bilik-bilik darjah ditutup dan barang-barang yang dipinjamkan dikembalikan semula ke pejabat.
18.Mendapatkan 3 set soalan PT3 dan SPM untuk rujukan sekolah.
19.Menyelaraskan Ujian Lisan PT3 dan persediaan sijil untuk Penilaian Kendalian Sekolah Menengah ( PKSM ).
20.Menganalisis keputusan peperiksaan dengan bantuan Ketua Panitia Mata Pelajaran.
66

