Page 18 - P. Moral SK Tahun 5 (Bahagian 1)
P. 18
UNIT UNIT
2 2
KUKUH SUKARELAWAN IDOLA SAYA
MORAL
Fahami situasi.
Murugan mengikut ibunya ke pasar raya.
Ketika mereka hendak masuk ke dalam pasar
raya, mereka ternampak beberapa orang
sukarelawan sedang memungut derma untuk
membantu mangsa banjir.
Murugan: Abang, bolehkah saya menderma
40 sen?
Igang: Tentulah boleh. Menderma
mengikut kemampuan, tiada
paksaan. Yang penting ikhlas.
Murugan: Baiklah. Ini derma saya.
Igang: Terima kasih, adik.
Murugan: Abang, bolehkah saya menjadi sukarelawan?
Igang: Boleh. Cuba lihat adik saya. Dia suka mengikut saya membuat
kerja-kerja kebajikan. Katanya, walaupun bantuan yang
dihulurkannya tidak seberapa tetapi dia berasa gembira kerana
dapat meringankan beban anggota masyarakat.
Murugan: Betul. Jika kita sentiasa peka akan keperluan dan kebajikan
masyarakat, kehidupan kita tentu bahagia.
Igang: Ya. Sebaliknya, jika kita tidak membantu masyarakat
yang memerlukan bantuan, mereka akan IMBAS SAYA
berasa sedih kerana terpinggir.
Murugan: Saya bersetuju dengan kata-kata abang.
Sukarelawan
Jika kamu menjadi sukarelawan, apakah bantuan yang akan kamu
berikan kepada mangsa banjir?
Jelaskan kepentingan bersikap peka terhadap keperluan dan kebajikan
masyarakat.
Apakah perasaan kamu jika dapat memberikan bantuan kepada anggota
masyarakat seperti yang dilakukan oleh sukarelawan?
Minta murid menghasilkan peta minda tentang sukarelawan
12 dan bentangkannya. 2.1
2.2
NOTA 2.4
GURU

