Page 34 - P. Moral SK Tahun 5 (Bahagian 1)
P. 34
UNIT
3
DUGA MARI UJI DIRI
AKAL
Mari lakukan penilaian kendiri berdasarkan pernyataan di bawah.
Petunjuk: 1 = Tidak Pernah 2 = Kadangkala 3 = Kerap
Skor
Pernyataan
1 2 3
Saya melaksanakan tugasan yang diberikan dengan
sempurnanya sebagai anggota masyarakat.
Saya akan memastikan semua alat permainan di taman
permainan dalam keadaan selamat.
Saya menyertai aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan
oleh komuniti saya.
Saya menelefon pihak berkuasa apabila mendapati
kejadian yang mencurigakan di kampung saya.
Saya memastikan kebersihan persekitaran dijaga demi
kesejahteraan anggota masyarakat.
Saya berasa bangga apabila dapat melaksanakan
tanggungjawab sebagai anggota masyarakat.
Saya memikul tugas menghapuskan kawasan pembiakan
nyamuk untuk menjaga kesihatan masyarakat setempat.
Saya berasa gembira apabila dapat melaksanakan tugasan
yang diberikan dengan sempurnanya.
Saya sentiasa mengamalkan sikap bertanggungjawab dalam
hidup bermasyarakat untuk mewujudkan kehidupan yang
harmoni.
Sikap bertanggungjawab adalah penting demi menjayakan
program di kawasan setempat.
Jumlahkan skor yang kamu dapat.
Jumlah skor Penerangan
Tahniah dan syabas! Kamu seorang yang bertanggungjawab
21 hingga 30
kepada masyarakat.
Memuaskan. Kamu perlu tingkatkan lagi sikap
11 hingga 20 bertanggungjawab sebagai anggota masyarakat.
0 hingga 10 Tingkatkan lagi sikap bertanggungjawab kamu.
Refleksi Kendiri:
28
28

