Page 16 - Praktis Topikal P.Moral Tg 2
P. 16
Bahagian B
(60 markah)
Arahan: Jawab semua soalan berikut.
1. Nyatakan nilai yang sepatutnya diamalkan berdasarkan situasi yang diberi.
Nilai hemah tinggi Nilai hormat Nilai kasih sayang Nilai berdikari
Nilai
kesederhanaan Nilai harga diri Nilai bekerjasama Nilai kepercayaan
kepada Tuhan
Nilai
bertanggungjawab Nilai rasional
Situasi Nilai
(a) Muthu sentiasa ke kuil pada setiap minggu untuk bersembahyang.
Dia akan memakai pottu selepas bersembahyang.
(b) Aiman dan Kolin mampu bekerjasama dalam satu pasukan bola
sepak sehinggakan pasukan mereka menjuarai pertandingan bola
sepak peringkat negeri.
(c) Denial seorang yang sangat bertanggungjawab. Dia memikul segala
tugas yang diberikan dengan baik.
(d) @PAN ASIA PUBLICATIONS
Andress bijak membuat keputusan. Dia bertindak wajar dengan
menolak ajakan rakannya untuk berlumba motosikal.
(e) Mei Ling pandai menjaga diri dengan tidak melakukan perbuatan
yang boleh mencemarkan maruah dirinya.
(f) Shantini sangat menghormati tetamu. Dia sering dipuji oleh ibu bapa
dan rakan-rakannya kerana sangat beradab dan bersopan santun.
(g) Nurin seorang yang sentiasa menghargai dan memuliakan orang
yang lebih tua. Segala nasihat ahli keluarganya juga dipatuhi.
(h) Encik Yong mempunyai hati yang sangat baik. Dia sanggup
memberhentikan kenderaannya demi menyelamatkan seekor kucing
yang telah dilanggar oleh sebuah kereta.
(i) Encik Akash telah berjaya menjadi pekebun yang cemerlang. Beliau
banyak berusaha sendiri tanpa bergantung kepada orang lain.
(j) Kita tidak boleh terlalu berlebihan semasa melakukan sesuatu perkara.
Kita perlulah bersederhana dalam kehidupan. Kesederhanaan akan
menjamin kebahagiaan.
(20 markah)
75

