Page 18 - Spotlight A+ Sejarah Tg 4.5
P. 18

Tg 4
                     Sejarah   Bab 1 Warisan Negara Bangsa


        BAB       Soalan KBAT Mirip SPM
                                                                                               KOMEN
        1                                                                                      PEMERIKSA
              1.  Apakah kepentingan peristiwa di bawah      2.  Kawasan Pegangan adalah kawasan
                 kepada Kesultanan Melayu Melaka?              yang dikurniakan oleh Sultan Melaka kepada
                                                               Pembesar Berempat. Mengapakah Sultan
                   Kerajaan Dinasti Ming mengiktiraf           Melaka mengurniakan kawasan tersebut?
                   kerajaan Melaka dengan                      A  Menjamin keamanan dan keselamatan
                   menghantar beberapa utusan.                    kawasan pegangan
                                                               B  Menguruskan   pengutipan   cukai  di
                 A  Kesultanan Melayu Melaka dianggap             kawasan pegangan
                     ©PAN ASIA PUBLICATIONS
                    ©PAN ASIA PUBLICATIONS
                    setaraf dengan kerajaan China              C  Memperkukuhkan sokongan dan kesetiaan
                 B  Kesultanan Melayu Melaka bebas daripada       Pembesar Berempat
                    campur tangan kuasa asing                  D  Memberi peluang kepada Pembesar
                 C  Kesultanan Melayu Melaka diiktiraf oleh       Berempat mentadbir kawasan tersebut
                    kerajaan lain di Alam Melayu
                 D  Kesultanan  Melayu   Melaka   bebas
                    meluaskan kuasanya di Alam Melayu
                                                                Komen Pemeriksa
                                                                Pengurniaan kawasan adalah simbol
                  Komen Pemeriksa
                  Kerajaan lain tidak berani menggugat          penghargaan    terhadap  sumbangan
                  atau campur tangan dalam urusan               Pembesar Berempat. Tindakan itu turut
                  dalam Kesultanan Melayu Melaka kerana         mengukuhkan kesetiaan mereka kepada
                  dilindungi oleh kerajaan China.               sultan Melaka.
                  Jawapan: B                                    Jawapan: C



              3.  Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka berpunca daripada keunggulan sistem pentadbirannya.
                 (a)  Sultan merupakan pemerintah tertinggi Kesultanan Melayu Melaka. Nyatakan bidang kuasa
                    seseorang sultan.
                 (b)  Bendahara memainkan peranan yang penting dalam Sistem Pembesar Empat Lipatan. Jelaskan
                    pernyataan ini.
                 (c)  Bagaimanakah Kesultanan Melayu Melaka mampu mewujudkan sebuah sistem pentadbiran yang
                    teratur?

                  Komen Pemeriksa
                  Soalan 3 berkaitan dengan sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. Soalan 3(a) berfokus
                  kepada peranan sultan sebagai tonggak sistem pemerintahan Melaka. Soalan 3(b) pula berfokus
                  kepada peranan Bendahara. Soalan 3(c) berfokus kepada faktor kejayaan kerajaan Melaka dalam
                  mewujudkan pentadbiran yang berkesan.

                  Jawapan:
                  (a)  F1  –  Ketua kerajaan.
                      F2  –  Ketua pemerintah.
                      F3  –  Ketua agama.
                      F4  –  Mengetuai hubungan diplomatik.
                      F5  –  Berkuasa dalam aspek peperangan.
                  (b)  F1  –  Ketua pentadbir.
                      F2  –  Ketua terus angkatan tentera.
                      F3  –  Penasihat Sultan.
                      F4  –  Pemangku Sultan.
                  (c)  F1  –  Kebijaksanaan raja.
                      F2  –  Agihan tugas secara teratur.
                      F3  –  Pembesar melaksanakan peranan mereka dengan penuh tanggungjawab.
                      F4  –  Pemuafakatan dan kerjasama antara raja dan pembesar.
                      F5  –  Kesetiaan Pembesar Berempat.




              12
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23