Page 21 - Grab Me PT3 Tatabahasa
P. 21
©PAN ASIA PUBLICATIONS
Bil. Simpulan Bahasa Maksud Contoh Ayat
7 Bacar mulut Cenderung Disebabkan bacar mulut, kerap
mengeluarkan kata- mengeluarkan kata-kata yang menimbulkan
kata yang tidak elok. permusuhan, dia kehilangan kawan-kawan.
8 Bagi jalan Beri idea atau peluang. Ibunya bagi jalan cara menambahkan
pendapatan secara halal.
9 Batu api Penghasut. Pergaduhan keluarga itu disebabkan oleh
sikap jiran sebelah yang menjadi batu api.
10 Bendera putih Mengaku kalah. Akhirnya, pengganas komunis angkat
bendera putih setelah dikepung oleh
pasukan keselamatan negara.
11 Bengkak hati Perasaan marah. Keputusan mesyuarat yang tidak berpihak
kepada isu yang dikemukakannya
menjadikan dia bengkak hati.
12 Berat hati Enggan melakukan Berat hatinya untuk bekerja di luar negara
sesuatu. kerana terpaksa meninggalkan keluarga.
157
Peribahasa My Notes PT3.indd 157 06/07/2020 5:41 PM

