Page 9 - Grab Me PT3 Tatabahasa
P. 9
©PAN ASIA PUBLICATIONS
1.8 Homofon
• Homofon ialah perkataan yang sama bunyi atau hampir sama bunyi dengan
perkataan lain tetapi ejaan dan maknanya tidak sama.
• Kekeliruan dalam penggunaan perkataan bersifat homofon ini turut menjadi punca
kesalahan penggunaan bahasa Melayu, selain mengubah makna sebenar.
Bil. Perkataan Maksud Contoh Ayat
1 Aspirasi Cita-cita Pihak sekolah telah mengadakan pelbagai
program kecemerlangan murid untuk
memenuhi aspirasi negara melahirkan modal
insan yang dapat membangunkan negara.
Inspirasi Ilham Kejadian siang dan malam menjadi sumber
inspirasi kepadanya untuk menulis rencana
tentang kuasa Allah.
2 Batuk Penyakit Virus Covid-19 menyerang paru-paru
menyebabkan mangsa menghidapi batuk yang
teruk.
Batok Tempurung Masyarakat Melayu pada zaman dahulu
menggunakan batok untuk mencedok air
daripada tempayan.
93
Tatabahasa My Notes PT3.indd 93 07/07/2020 1:30 PM

