Page 8 - Studi & Praktis Geografi ting 1
P. 8

BAB 4
                                      Lakaran Peta Malaysia




                4.1    Kedudukan Negeri-Negeri di Malaysia


                                    Asia Tenggara                  U            Negeri-Negeri       Ibu negeri
                                                                            1   Perlis         Kangar
               1 1
                2                                                           2   Kedah          Alor Setar
                3 3  10                                                     3   Pulau pinang   George Town
                  4      11   Dunia                                         4   Perak          Ipoh
                                                                            5   Selangor       Shah Alam
                       9                                                    6   Negeri Sembilan  Seremban
                   5
                      ©PAN ASIA PUBLICATIONS
               W1                                                           7   Melaka         Bandaraya Melaka
               W2     6
                       7                                                    8   Johor          Johor Bahru
                           8                                                9   Pahang         Kuantan
                                                    W3      13
                                                                            10  Kelantan       Kota Bharu
                                                                            11  Terengganu     Kuala Terengganu
                                                                            12  Sarawak        Kuching
                                                 12                         13  Sabah          Kota Kinabalu
                                                                                      Wilayah Persekutuan
                                                                            W1  Kuala Lumpur
                                 Peta 4.1: Peta Malaysia                    W2  Putrajaya
             •  Kedudukan Malaysia terletak berhampiran dengan Garisan Khatulistiwa.  W3  Labuan
             •  Malaysia terletak di Asia dan merupakan salah sebuah negara di Asia Tenggara.
             •  Malaysia mempunyai kedudukan geografi yang strategik, iaitu di tengah-tengah jalan laut antara timur dengan barat.
             •  Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan 3 buah wilayah persekutuan.
             •  Semenanjung Malaysia bersempadan dengan negara Thailand di utara dan Singapura di selatan. Sabah dan Sarawak
               pula terletak di Pulau Borneo yang bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia dan Brunei Darussalam.
             •  Malaysia sebuah negara yang stabil, kerana terletak di luar Lingkaran Api Pasifik dan laluan angin taufan.
             •  Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum yang hidup secara bersatu padu dan harmoni.


                4.2    Kedudukan Ibu Negeri, Ibu Negara dan Pusat Pentadbiran Negara

             •  Kesemua negeri di Malaysia mempunyai ibu negeri yang berperanan sebagai pusat pentadbiran bagi sesebuah negeri.
             •  Kuala Lumpur telah diiktiraf sebagai ibu negara Malaysia pada tahun 1963. Kuala Lumpur berfungsi sebagai pusat
               pentadbiran, pusat perniagaan, kewangan dan kebudayaan.
             •  Pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan telah dipindahkan ke Wilayah Persekutuan Putrajaya pada tahun 2001. Nama
               Putrajaya diambil bersempena dengan nama Perdana Menteri yang pertama, iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.


                   Penilaian Tahap Penguasaan 4.1


              1.  Tuliskan dua maklumat tentang kedudukan negara Malaysia.
                  (a)                                             (b)

              2.  Senaraikan negara jiran yang bersempadan dengan negara Malaysia.




              3.  Tuliskan nama negeri berdasarkan keterangan pada jadual di bawah.
                  (a) Negeri paling kecil di Malaysia
                  (b) Negeri paling besar di Malaysia

                  (c) Negeri paling besar di Semenanjung Malaysia
              4.  Mengapakah Malaysia sebuah negara yang kurang berlaku bencana alam seperti angin taufan dan letusan
                 gunung berapi?



              5.  Nyatakan peranan Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia.



                                                                18
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13