Page 5 - Modul A+1 Sejarah Tingkatan 4
P. 5
2. Jelaskan ciri-ciri negara bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka. TP 2
(a) Kerajaan Kerajaan muncul disebabkan adanya raja. Raja berfungsi sebagai pemerintah BAB 1
tertinggi dan dibantu oleh Pembesar Berempat.
Sistem pentadbiran ini dikenali sebagai Sistem Pembesar Empat Lipatan.
(b) Rakyat Rakyat Melaka terdiri daripada orang Melayu dan Orang Laut. Rakyat mengakui
kekuasaan Sultan Melaka.
©PAN ASIA PUBLICATIONS
Mereka turut memberi taat setia kepada sultan dengan mematuhi undang-undang
yang dikuatkuasakan.
(c) Kedaulatan Kedaulatan merujuk kepada kuasa dan kewibawaan seseorang raja.
Kedaulatan memberi hak kepada raja untuk mengawal rakyat dan wilayah.
Selain itu, kedaulatan juga memastikan sesebuah negara bebas daripada campur
tangan kuasa asing.
(d) Wilayah pengaruh Wilayah pengaruh merujuk kepada kawasan yang rakyatnya menerima dan
mengakui pemerintahan seseorang raja.
Wilayah pengaruh Kesultanan Melayu Melaka meliputi keseluruhan Semenanjung
Tanah Melayu dan pantai timur Sumatera. Wilayah pengaruh diperoleh melalui
penaklukan , naungan dan perkahwinan.
(e) Undang-undang Undang-undang diwujudkan untuk memelihara keamanan dan melindungi rakyat.
Pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka, terdapat dua undang-undang bertulis iaitu
Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.
(f) Lambang kebesaran Lambang kebesaran menjadi identiti sesebuah kerajaan serta lambang keistimewaan
sultan yang memerintah.
Adat istiadat, penggunaan warna, regalia, nobat dan cap mohor merupakan lambang
kebesaran Kesultanan Melayu Melaka.
K9.1.5 & K9.1.6
Uji Kendiri
Sebagai warganegara, kita perlu taat setia
kepada raja dan negara kerana dapat Bagaimanakah anda mampu
hidup dalam suasana yang aman dan menjadikan negara dan bangsa
harmoni. Malaysia ini setanding dengan bangsa
lain di dunia dari aspek ekonomi,
teknologi dan sahsiah?
3
Modul A+ Sej Tg4 B1 (21) 4th.indd 3 10/26/2021 5:24:12 PM

