Page 10 - 1202 Bank Soalan Perniagaan Tingkatan 4
P. 10

9.  Maklumat berikut berkaitan dengan Syarikat Mastika Purnama Enterprise.


                   Pusat Intergrasi Eksport (ICE) yang diperkenalkan MATRADE pada bulan Disember 2014
                   berfungsi sebagai pusat sehenti untuk syarikat-syarikat tempatan yang sedang mengeksport dan akan
                   mengeksport bagi mendapatkan informasi berkaitan eksport. Pusat ini bertujuan untuk menambah
                   baik sistem penyampaian agensi kerajaan kepada syarikat-syarikat tempatan terutamanya PKS.
                   Bahkan, ia juga berfungsi sebagai sebuah pusat sehenti khidmat nasihat dan menyeluruh merangkumi
                   maklumat berkaitan insentif kerajaan, perkhidmatan perbankan, logistik serta standard dan pensijilan.
                      Penubuhan ICE di MATRADE diharap dapat mengukuhkan pemahaman eksport dalam kalangan
                   PKS. Malahan, secara tidak langsung dapat mambantu mencapai sasaran sumbangan eksport PKS
                      ©PAN ASIA PUBLICATIONS
                   daripada  17.6%  kepada  23%  menjelang  tahun  2020.  Menerusi  program  ini  juga,  SIRIM  Berhad
                   berkongsi maklumat tentang kepentingan mempertingkatkan kualiti produk mereka dari segi reka
                   bentuk, teknik percetakan, keselamatan dan pembungkusan produk untuk menembusi pasaran
                   antarabangsa.
                      Seterusnya, menerusi program InnoPack pula, usahawan-usahawan yang terlibat diberikan
                   bantuan dan nasihat daripada SIRIM tentang konsep reka bentuk jenama, aplikasi kesesuaian
                   bahan pembungkusan, reka bentuk grafik, pengujian nutrisi makanan, pendaftaran cap dagangan
                   serta pengeluaran percetakan bahan pembungkusan.Program MATRADE ini merupakan kolaborasi
                   strategik antara  agensi-agensi  kerajaan, selari  dengan Strategi Lautan Biru Kebangsaan bagi
                   memaksimumkan penggunaan sumber sedia ada dan berpegang kepada prinsip kos rendah, berimpak
                   tinggi dan pelaksanaan yang pantas.
                      Namun, Syarikat Mastika Purnama Enterprise yang ditubuhkan pada 2010 telah mengikuti
                   program ini sebagai pemain barangan elektrik dan elektonik di Malaysia. Syarikat telah menetapkan
                   perancangan  untuk  menembusi  pasaran  antarrabangsa  khususnya  di  negara  Asia  Tenggara  dan
                   Asia Selatan. Cabaran terbesar yang dihadapi adalah menjalinkan hubungan dengan agen, rakan
                   perniagaan pengimport dan usahasama strategik dari pasaran tersebut. Oleh itu, menerusi peranan
                   agensi kerajaan berkaitan dan program seumpama ini dilihat dapat mempertingkatkan kesiapsediaan
                   syarikat untuk menerokai pasaran tersebut.

                    Sumber: http://www.matrade.gov.my/en/announcements/154-press-releases/press-releases-2017/3823-
                                   matrade-dan-sirim-berkolaborasi-untuk-bantu-syarikat-tempatan-ke-pasaran-global



                 (a)  Nyatakan  satu  agensi  kerajaan  yang  boleh  memberi  bantuan  kepada  Syarikat  Mastika  Purnama
                    Enterprise.



                 (b)  Berdasarkan situasi di atas, kenal pasti agensi kerajaan dan nyatakan empat peranan agensi kerajaan
                    tersebut dalam perniagaan.
















             30  Soalan 9
               TIP SOS  (i)  Mengenal pasti agensi kerajaan iaitu Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
                 (ii)  Memahami peranan MATRADE kepada usahawan dan perniagaan.







       1201 Pnigaan Tg4 B2 6th.indd   30                                                                    7/5/2022   2:21:22 PM
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15