Page 3 - Grab Me SPM Tatabahasa Tingkatan 4,5
P. 3
BAB 1 TATABAHASA
• Soalan berkaitan dengan tatabahasa akan ditanya dalam peperiksaan SPM, Bahasa Melayu,
Kertas 2, pada Bahagian Sistem dan Aplikasi Bahasa.
• Tatabahasa dalam bahasa Melayu melibatkan beberapa aspek, iaitu bentuk kata, golongan
kata, binaan ayat, kesalahan ejaan, tanda baca dan kesalahan lazim yang dilakukan dalam
tatabahasa.
1.1 Bentuk Kata ©PAN ASIA PUBLICATIONS
• Bentuk kata ialah binaan perkataan yang bermula dengan kata dasar.
• Kata dasar ialah kata yang menjadi pokok kepada kata terbitan (kata tanpa imbuhan).
• Kata dasar boleh menerima pengimbuhan, penggandaan dan rangkai kata yang membawa
kepada perubahan makna.
Contoh Kata Dasar
Dengar Nangis Gelisah Kuat Bijak
1
Grab ME SPM Tatabhs B1 5th.indd 1 12/1/2021 12:38:46 PM

