Page 15 - 1202 Bank Soalan Fizik Tingkatan 4
P. 15
Pengukuhan dan Pengujian Kemahiran Proses Sains untuk
Kertas 3 (Ujian Amali)
1. Dalam eksperimen ini, anda akan menentukan panjang fokus, f suatu kanta. Ikut arahan di bawah dengan
merujuk kepada Rajah 1.
D
Skrin dengan
wayar X Kanta
©PAN ASIA PUBLICATIONS
Mentol Skrin
u v
i
Rajah 1
(a) Letakkan pusat kanta pada jarak, u = 15.0 cm dari wayar X yang terang.
Letakkan skrin dekat dengan kanta dan gerakkannya menjauhi kanta sehingga suatu imej fokus tajam
terbentuk padanya.
• Ukur jarak, v dari pusat kanta ke skrin. Rekodkan v dalam Jadual 1.
• Hitungkan uv dan rekodkan keputusan dalam jadual.
• Ukur dan rekodkan dalam jadual jarak D dari wayar X yang terang ke skrin.
(b) Ulangi langkah (a) dengan kanta pada jarak u = 20.0 cm, 25.0 cm, 30.0 cm dan 35.0 cm dari wayar X
yang terang. Rekodkan semua bacaan dalam jadual. [6 markah]
Jadual 1
u / cm v / cm uv / cm 2 D / cm
15.0
20.0
25.0
30.0
35.0
(c) Berdasarkan maklumat dan pemerhatian:
(i) kenal pasti pemboleh ubah dimanipulasikan,
(ii) kenal pasti pemboleh ubah bergerak balas. [2 markah]
(d) Plotkan satu graf uv (paksi-y) melawan D (paksi-x). Mulakan paksi anda dari asalan (0, 0). Lukiskan
garisan terbaik. [3 markah]
(e) (i) Berdasarkan graf yang dilukis di (d), tentukan nilai panjang fokus kanta. [2 markah]
(ii) Nyatakan dua langkah berjaga-jaga yang anda ambil dalam eksperimen ini untuk memperoleh
bacaan yang boleh dipercayai. [2 markah]
105
Soalan 1:
TIP SOS (e) Pastikan objek, pusat optik kanta dan pusat skrin berada di paksi utama kanta. Kedudukan mata mesti tegak di atas skala pembaris meter semasa TIP SOS
(b) Pastikan kuantiti terbitan uv dan D mempunyai bilangan tempat perpuluhan yang konsisten.
mengambil bacaan untuk mengelakkan ralat paralaks.
B06_1202 BS Fizik Tg4.indd 105 27/04/2022 11:10 AM

