Page 20 - Modul A+1 Sejarah Tingkatan 4
P. 20
(b) Undang-Undang Laut Melaka menjelaskan peranan pegawai dalam pelayaran.
Apakah tujuan undang-undang ini dibentuk? TP 4
F1 – Memastikan keselamatan dalam pelayaran berjalan lancar.
F2 – Memastikan arahan nakhoda dipatuhi setiap masa.
F3 – Memastikan pegawai melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh tanggungjawab.
F4 – Menjamin keselamatan penumpang dan hasil dagangan.
F5 – Memantapkan aktiviti perdagangan.
(c) Jelaskan kepentingan undang-undang di atas kepada Kesultanan Melayu Melaka. TP 5
©PAN ASIA PUBLICATIONS
F1 – Mewujudkan keamanan dan kesejahteraan.
F2 – Menjamin keselamatan rakyat.
F3 – Melahirkan sistem pentadbiran yang sistematik.
F4 – Aktiviti perdagangan di Melaka berjalan dengan pesat.
F5 – Jaminan keselamatan menarik pedagang asing ke pelabuhan Melaka.
F6 – Menjamin kesetiaan rakyat terhadap golongan pemerintah.
F7 – Memastikan hukuman yang dikenakan setimpal dengan kesalahan.
F8 – Memacu Kesultanan Melayu Melaka ke arah kecemerlangan.
(d) Kedaulatan undang-undang merupakan prinsip keempat Rukun Negara. Sebagai rakyat bagaimanakah kita
dapat menjamin kedaulatan undang-undang negara? TP 6
F1 – Memperkasakan penguatkuasaan undang-undang.
F2 – Menjunjung dan mempertahankan perlembagaan negara.
F3 – Mematuhi dan menghormati undang-undang negara.
F4 – Menjamin keamanan, keharmonian dan kesejahteraan.
F5 – Menumpukan sepenuhnya kesetiaan kepada raja dan negara.
F6 – Menerima segala keputusan yang dibuat oleh badan kehakiman.
F7 – Bekerjasama dan membantu pihak berkuasa menjaga keamanan.
F8 – Memastikan badan kehakiman bebas daripada pengaruh politik.
Bab 2 Kebangkitan Nasionalisme
TP Menyatakan tentang nasionalisme. Tafsiran
1
Lembaran PBD 2 3 Menjelaskan pengetahuan tentang nasionalisme berserta contoh.
Mengklasifikasikan maklumat tentang nasionalisme di Barat, Asia dan Asia Tenggara.
Menilai tentang nasionalisme di Barat, Asia dan Asia Tenggara.
5 4 Mencerakinkan maklumat tentang nasionalisme di Barat, Asia dan Asia Tenggara.
6 Membuat rasionalisasi bagi nasionalisme di Barat, Asia dan Asia Tenggara.
1. Apakah tafsiran tentang nasionalisme berdasarkan tokoh-tokoh berikut: TP 1
(a) Profesor William R.Roff
F1 – Merujuk kepada kesedaran dan ketegasan diri.
F2 – Akibat kebimbangan terhadapa pengaruh sekularisme dan imperialisme di Tanah Melayu.
MG-2
Modul A+ Sej Tg4 PBD (21) 2nd.indd 2 9/9/2021 10:09:57 AM

