Page 44 - Spotlight A+ Tg 4 & 5 Biologi KSSM
P. 44
Biologi Kertas Model SPM
Pengukuhan & Pengujian Kemahiran Proses Sains
(15 markah)
1. Katalase adalah enzim yang terdapat dalam tisu tumbuhan dan haiwan. Katalase memangkin pemecahan
hidrogen peroksida kepada air dan oksigen. Aktiviti enzim ini dapat diukur dengan mengumpulkan gas
oksigen yang dihasilkan.
katalase
2H O 2H O + O 2
2
2
2
©PAN ASIA PUBLICATIONS
Hidrogen peroksida Air Oksigen
Sediakan susunan bahan dan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1. Oksigen yang dibebaskan
terkumpul di atas air. 1 2
Hidrogen 3 4 5 6
peroksida Air 7 8 9 10 cm 3
KERTAS MODEL SPM Anda dikehendaki menjalankan eksperimen untuk menyiasat kesan
Hirisan kentang
Rajah 1.1
(i) air suling
(ii) alkohol (etanol)
(iii) pendidihan
(iv) saiz
ke atas aktiviti katalase yang terdapat pada kentang mentah.
Anda dibekalkan dengan satu keratan kentang setebal 4 cm dan empat tabung uji berlabel S1, S2, S3 dan
3
S4. Tuangkan 2 cm larutan hidrogen peroksida yang berkepekatan sama ke dalam setiap tabung uji.
Berikut adalah langkah-langkah eksperimen:
1. Keluarkan lapisan luar dari sekitar kepingan kentang.
2. Potong empat kiub dari kepingan kentang tersebut. Setiap kubus hendaklah berukuran 1 cm × 1 cm
× 1 cm.
(i) Kiub 1 – Kentang mentah direndam dalam air suling selama 10 minit.
(ii) Kiub 2 – Kentang mentah direndam dalam 20% alkohol (etanol) selama 10 minit.
(iii) Kiub 3 – Kentang mentah direbus dalam air mendidih selama 10 minit.
(iv) Kiub 4 – Kentang mentah dipotong menjadi kepingan kiub kecil.
3. Masukkan kentang mentah kiub 1 ke dalam tabung uji berlabel S1.
4. Mulakan jam randek dengan segera, ukur dan rekodkan isipadu gas oksigen yang terkumpul di dalam
silinder penyukat dalam masa lima minit.
5. Ulangi langkah 3 dan 4 untuk kubus 2, kubus 3 dan kubus 4 dengan memasukkan kiub kentang ke
dalam tabung uji berlabel S2, S3 dan S4 masing-masing.
6. Rekod keputusan anda dalam Jadual 1.1.
542
KModel SpotlightA+ Biologi Tg5.indd 542 27/03/2021 2:16 PM

