Page 17 - Modul A+1 Sejarah Tingkatan 5
P. 17

H2 – Parlimen bertanggungjawab menggubal dan menentukan sistem perundangan.
                 F4 – Mempunyai penduduk yang mendiami negara.
                 H1 – Terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan agama.

                 H2 – Terikat dengan peraturan dan undang-undang.



              4.  Apakah kepentingan mewujudkan sebuah negara yang berdaulat?  TP 4
                 F1 – Dapat melaksanakan pentadbiran negara tanpa campur tangan kuasa asing.
                 F2 – Pengagihan kuasa antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri memantapkan urusan pentadbiran.

                 F3 – Kemamuran ekonomi dapat dicapai jika negara dalam keadaan aman dan makmur.
                        ©PAN ASIA PUBLICATIONS
                 F4 – Pelbagai program ekonomi dapat dilaksanakan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.
                 F5 – Kedaulatan penting bagi menjamin kesejahteraan rakyat melalui dasar sosial yang dilaksanakan.

                 F6 – Memupuk semangat muhibah dan perpaduan melalu program uyang dijalankan.
                 F7 – Penting untuk menjalin hubungan dengan negara luar melalui hubungan diplomatik dan persahabatan
                 F8 – Peranan kita diakui oleh masyarakat antarabangsa.



              5.  Peranan pemerintah dan rakyat sangat penting bagi menjamin kedaulatan negara. Jelaskan.  TP 5

                 F1 – Mewujudkan kestabilan politik dan menjamin kemakmuran ekonomi.
                 H1 – Pemerintah bertanggungjawab mewujudkan satu pentadbiran yang cekap dan sistematik agar pembangunan
                 negara dapat dilaksanakan.
                 H2 – rakyat pula perlu memberikan sepenuh kepercayaan dan berganding bahu melaksanakan dasar yang telah
                 digubal.

                 H3 – Kekayaan dan kemakmuran negara dapat dinikmati bersama-sama.
                 F2 – Perpaduan kaum sangat penting bagi menjamin keamanan dan kestabilan negara.
                 H1 – Pemerintah menggubal dasar dan undang-undang bagi menjamin perpaduan antara kaum.

                 H2 – Rakyat perlu menghormati dan mematuhi undang-undang yang dilaksanakan.
                 H3 – Menghayati prinsip Rukun Negara dan menggunakan bahasa kebangsaan bagi memupuk perpaduan kaum.
                 F3 – Memupuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.
                 H1 – Menganjurkan program yang boleh menyemai rasa cinta akan negara.
                 H2 – Memantapkan patriotisme dalam sistem pendidikan negara.

                 H3 – Menghormati lambang-lambang negara seperti bendera dan lagu kebangsaan.
                 F4 – Mengukuhkan pertahanan negara.
                 H1 – Melalui dasar-dasar bagi memantapkan sistem pertahanan dan keselamatan negara.
          Lembaran PBD  H2 – Sentiasa berwaspada dengan anasir luar yang cuba menggugat kestabilan dan keselamatan negara.





              6.  Sebagai rakyat Malaysia, bagaimanakan anda boleh membantu negara mengekalkan kedaulatan?  TP 6
                 F1 – Meningkatkan jati diri dan menanamkan perasaan sayang dan cinta akan negara.
                 F2 – Sentiasa berwaspada dengan hasutan pihak luar yang cuba memecah-belahkan keamanan negara.

                 F3 – Sentiasa membantu pihak berwajib menyalurkan maklumat berkaitan anasir subversif.
                 F4 – Meningkatkan ilmu pengetahuan agar tidak mudah terpengaruh dengan hasutan pihak luar.
                 F5 – Berhati-hati dengan media sosial yang sering menanamkan perasaan negatif terhadap pemerintah.




                                                             MG-2




       Modul A+ Sej Tg5 PBD (21) 2nd.indd   2                                                                  9/9/2021   10:09:41 AM
   12   13   14   15   16   17   18