Page 15 - Spotlight A+ Tg 4 & 5 Sains KSSM
P. 15

Tg 4

                      Sains   Bab 3 Teknik Mengukur Parameter Kesihatan Badan

                   Eksperimen       3.1

                 A   Kadar denyutan nadi manusia berdasarkan jantina
               Tujuan: Menyiasat kesan jantina terhadap kadar denyutan nadi manusia.
               Pernyataan masalah: Adakah kadar denyutan nadi manusia berbeza mengikut jantina?
               Hipotesis: Perempuan mempunyai kadar denyutan nadi lebih tinggi berbanding lelaki.
               Pemboleh ubah:
          BAB  (a)  Dimanipulasikan: Jantina
                     ©PAN ASIA PUBLICATIONS
          3    (b)  Bergerak balas: Kadar denyutan nadi
               (b)  Dimalarkan: Tempoh masa, umur, jenis aktiviti fizikal
               Radas: Jam randik

               Prosedur:
                 1.  Aktiviti dijalankan dalam dua kumpulan iaitu kumpulan murid lelaki dan
                   murid perempuan.
                 2.  Bacaan denyutan nadi setiap murid diambil dalam masa 1 minit pada
                   titik nadi yang ditunjukkan Rajah 3.3. Murid yang lain menjaga masa
                   dengan menggunakan jam randik.                            Rajah 3.3 Menghitung denyutan
                 3.  Bacaan denyutan nadi setiap murid direkodkan dalam masa seminit.   nadi
                 4.  Langkah 2 dan 3 diulang pada murid perempuan.
                 5.  Bacaan denyutan nadi setiap murid dikumpulkan dan direkodkan. Purata bilangan denyutan nadi
                   dihitung mengikut jantina dihitung dan direkodkan.

               Keputusan:
                                                       Jadual 3.1

                         Jantina murid                Kadar denyutan nadi (bpm)
                         Lelaki
                         Perempuan


               Kesimpulan:
               Hipotesis diterima. Kadar denyutan nadi perempuan adalah lebih tinggi berbanding lelaki.

                 B   Kadar denyutan nadi manusia berdasarkan umur
               Tujuan: Menyiasat kesan umur terhadap kadar denyutan nadi manusia.
               Pernyataan masalah: Adakah kadar denyutan nadi manusia berbeza mengikut umur?
               Hipotesis: Semakin meningkat umur seseorang, semakin rendah kadar denyutan nadinya.
               Pemboleh ubah:
               (a)  Dimanipulasikan: Umur
               (b)  Bergerak balas: Kadar denyutan nadi
               (b)  Dimalarkan: Tempoh masa, jantina, jenis aktiviti fizikal
               Radas: Jam randik

               Prosedur:
                 1.  Aktiviti dijalankan secara berkumpulan.
                 2.  Bacaan denyutan nadi salah seorang murid dalam kumpulan diambil pada titik nadi seperti ditunjukkan
                   Rajah 3.3. Murid yang lain menjaga masa dengan menggunakan jam randik.
                 3.  Bilangan denyutan nadi dalam masa seminit direkodkan.
                 4.  Langkah 2 dan 3 diulang pada guru dan pembantu makmal. Jantina murid, guru dan pembantu
                   makmal dipastikan adalah sama.


                34                                                                                 3.2.2





         B3 Spotlight A+ Sains Tg4.indd   34                                                           13/04/2021   8:51 AM
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20