Page 6 - PELAJARAN 18 TAWADUK MENZAHIRKAN KESUCIAN JIWA BY US MAHYUDDIN
P. 6
CONTOH 1
Tawaduk dalam pergaulan
Rasulullah SAW menunjukkan sifat tawaduk ketika bergaul,
terutamanya dengan kanak-kanak. Walaupun mempunyai
kedudukan yang mulia, baginda tidak sombong dengan
kedudukannya. Sebaliknya baginda menghormati dan
menyayangi kanak-kanak. Baginda sentiasa bersikap lemah
lembut dan menunjukkan kasih terhadap mereka.
Anas bin Malik ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW selalu
menyantuni kanak-kanak dengan mendahulukan ucapan
salam Ketika bertemu dan membelai rambut mereka dengan
perasaan kasih sayang. (Riwayat al-Bukhari)

