Page 8 - NOTA PENDIDIKAN ISLAM SPM 2020 kertas 1
P. 8

MODUL MUDAH PI  K1 2020



               TAJUK : DOSA-DOSA BESAR (LIWAT DAN MUSAHAQAH)

               1      SOALAN          Apakah maksud  musahaqah
                      JAWAPAN         Musahaqah ialah hubungan antara perempuan dengan perempuan
                                      (lesbian)

               2      SOALAN          Jelaskan dua faktor berlakunya liwat dan musahaqah
                      JAWAPAN         Dua faktor berlakunya liwat dan musahaqah ialah:
                                         1.  Kurang didikan  agama
                                         2.  Membaca /  melihat bahan lucah
                                         3.  Terpengaruh dengan budaya liar

               3      SOALAN          Jelaskan dua akibat perbuatan  liwat dan musahaqah terhadap
                                      individu
                      JAWAPAN         Dua akibat perbuatan liwat dan musahaqah terhadap individu ialah:
                                         1.  Mendapat balasan azab akhirat
                                         2.  Maruah diri tercemar
                                         3.  Menghidapi pelbagai penyakit

               TAJUK : DOSA-DOSA BESAR (TUNTUTAN TAUBAT)

               1      SOALAN          Apakah pengertian
                      JAWAPAN         Pengertian taubat ialah kembali iaitu kembali semula taat kepada
                                      Allah setelah menyesal melanggar perintah Allah atau larangannya.

               2      SOALAN          Jelaskan dua syarat taubat
                      JAWAPAN         Syarat taubat
                                         1.  Menyesal terhadap maksiat yang dilakukan.
                                         2.  Berhenti melakukan maksiat segera.
                                         3.  Berazam tidak akan mengulangi lagi.
                                         4.  Berterus  terang  memohon  maaf  jika  berkaitan  dengan  hak
                                             orang lain.

               3      SOALAN          Jelaskan dua keadaan taubat tidak diterima Allah :
                      JAWAPAN         Keadaan taubat tidak diterima Allah :
                                         1.  Berterusan melakukan maksiat
                                         2.  Taubat tidak bersungguh-sungguh
                                         3.  Taubat tidak ikhlas
                                         4.  Ketika hampir mati/nazak

               4      SOALAN          Terangkan dua hikmah taubat.
                      JAWAPAN         Hikmah taubat.
                                         1.  Memberi  peluang  kepada  orang  yang  berdosa  /  untuk
                                             kembali ke jalan Allah
                                         2.  Memberi  ketenangan  hati  /  kepada  orang  yang  telah
                                             melakukan dosa
                                         3.  Meningkatkan  keimanan    /  kerana  menyedari  dirinya  tidak
                                             sempurna




               8 | J U   P E N D I D I K A N   I S L A M   P E R A K
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13