Page 117 - smktss2021
P. 117
TANGGUNGJAWAB GURU BERTUGAS MINGGUAN
1. Berada di kawasan sekolah sekurang-kurangnya 30 minit lebih awal daripada waktu pertama hari
persekolahan dan balik lebih lewat 20 minit daripada guru-guru lain. Tujuannya adalah untuk memastikan
keadaan sekolah sentiasa terkawal sepanjang hari bertugas.
2. Berada di pintu pagar sekolah pada waktu murid hadir dan waktu murid pulang dalam minggu bertugas untuk
mengawasi pergerakan dan keselamatan murid.
3. Bersama-sama guru disiplin menjaga disiplin murid dan keceriaan sekolah sepanjang minggu itu
4. Memeriksa semua bilik darjah dan tandas pada minggu bertugas dan apa-apa juga kerosakan hendaklah
dilaporkan kepada guru yang menjaga bangunan/ guru perabot/ Penolong Kanan/ PK HEM/ PK Kokurikulum/
Pengetua.
5. Membantu memantau aspek kebersihan kelas.
6. Menguruskan/ mengendalikan perhimpunan harian sekolah ( Isnin, Selasa, Rabu, )
7. Bersikap peka dan bertanggungjawab ke atas setiap apa-apa yang berlaku di kawasan sekolah dan melapor
serta merta kepada pihak pentadbir jika terdapat keadaan yang memerlukan tindakan segera. Umpamanya
pergaduhan, kerosakan di tandas dan sebagainya.
8. Menghantar murid yang tidak sihat ke klinik atau ke rumah serta urusan-urusan lain yang berkenaan.
9. Membuat laporan mingguan dalam Buku Laporan Guru Bertugas Mingguan.
10. Membuat ucapan dan laporan guru bertugas pada hari Ahad semasa perhimpunan rasmi mingguan.
11. Membantu Unit Dakwah dan Kerohanian semasa program Membudayakan Al-Quran pada hari Khamis.
12. Melaksanakan tugas-tugas umum sepanjang minggu guru bertugas. Adalah diharapkan Ketua bersama-
sama guru bertugas berbincang sesama sendiri tentang pengagihan tugas seperti kawalan di pintu
pagar waktu datang dan balik sekolah, memberi laporan semasa perhimpunan, menulis laporan,
mengendalikan perhimpunan harian hari Isnin, Selasa, Rabu dan sebagainya.
13. Antara tugas-tugas yang perlu dilaksanakan ialah:
13.1 Kawalan perhimpunan pagi.
13.2 Kawalan masuk masuk.
13.3 Kawalan pulang murid.
13.4 Kebersihan kelas, persekitaran dan tandas.
13.5 Kemudahan kelas.
13.6 Kawalan murid am/ waktu rehat.
13.7 Tingkah laku/ disiplin murid.
13.8 Kantin.
13.9 Kebajikan murid.
13.10 Aktiviti dan laporan hari Sabtu
Tingkatan/ Kelas bertugas pada minggu tersebut dikehendaki membantu dari segi persediaan dan
persiapan untuk majlis perhimpunan rasmi hari Ahad dan Program Membudayakan Al-Quran hari
Khamis. Antara bidang tugas yang perlu dilaksanakan ialah murid lelaki dikehendaki menyusun atur kerusi/
membentang tikar sebelum program bermula dan mengemaskannya selepas program selesai manakala pelajar
perempuan dikehendaki memastikan kebersihan dan memungut sampah sebelum dan selepas program
dijalankan.
117

