Page 34 - smktss2021
P. 34
MAFAKAT ILMU
G E M I L A N G
SINOPSIS LOGO SMK TMN SERI SAUJANA Direka oleh :- Azrin & Amzari
PERISAI
Melambangkan kesediaan warga sekolah dalam mempertahankan kedaulatan negara, memelihara
kesucian agama dan meneruskan tradisi bangsa.
EMPAT JALUR MERAH
Melambangkan empat aspek yang ingin dibangunkan iaitu intelek, rohani, jasmani dan emosi selaras
dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.
MATA PENA DAN GEOMETRI
Melambangkan ketajaman pemikiran yang menjadi medium kepada pembangunan dan perkembangan
teknologi.
TIGA GELUNG BERKAIT
Melambangkan ketrampilan sekolah dalam arena sukan sekaligus melambangkan permuafakatan antara
guru dan kakitangan, pelajar dan ibubapa.
BUKU DI ATAS REHAL
Melambangkan martabat ilmu yang mulia dan kedudukannya di bawah logo menunjukkan bahawa ilmu
sebagai keperluan untuk memenuhi semua elemen yang berada di atasnya.
LINGKARAN ELIPS
Melambangkan warga sekolah yang sentiasa peka terhadap perkembangan semasa dan mengamalkan
pendekatan global.
*WARNA LOGO
WARNA BIRU
Melambangkan perpaduan, persefahaman, kesepakatan dan permuafakatan
WARNA MERAH
Melambangkan keberanian, kegagahan, kesungguhan dan kegigihan.
WARNA KUNING
Melambangkan keluhuran dan ketaatan
WARNA PUTIH
Melambangkan kesucian dan kebersihan
MOTO : MUAFAKAT ILMU GEMILANG
34

