Page 77 - smktss2021
P. 77
PERNYATAAN STANDARD UNIT HAL EHWAL MURID
Bidang hal ehwal murid diurus secara cekap dan berkesan untuk melahirkan murid
yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial selaras dengan
hala tuju sekolah.
SASARAN UNIT HAL EHWAL MURID
✓ Ketetapan dibuat bagi memastikan kepatuhan dan keselarasan pelaksanaan
hal ehwal murid.
✓ Disiplin murid diurus untuk membentuk sikap dan perlakuan positif dalam
pembangunan sahsiah murid.
✓ Keselamatan murid diurus untuk memastikan murid selamat dan memupuk
amalan menjaga keselamatan dalam kalangan murid.
✓ Program dan perkhidmatan kesihatan murid diurus untuk meningkatkan kualiti
kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat.
✓ Bantuan pelajaran murid diurus untuk membantu memenuhi keperluan fizikal,
mental dan emosi.
✓ Pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling diurus untuk
pembangunan sahsiah, psikososial, kesejahteraan mental dan kerjaya murid.
✓ Pentaksiran psikometrik diurus secara sistematik dan terancang.
PENUNJUK ARAS PENCAPAIAN SASARAN UNIT HAL EHWAL MURID
➢ Peratus kehadiran keseluruhan murid ke sekolah tahun semasa
mencapai sekurang-kurangnya 90 %
➢ Peratus murid yang terlibat dalam kes salah laku (kes ringan/ sederhana
dan berat ) menurun sekurang-kurangnya 2 %
➢ Tindakan Buang Sekolah disebabkan ponteng dan masalah disiplin 0 %
➢ 20 % murid menerima bantuan sama ada peruntukan KPM, NGO atau
penyumbang individu
➢ Kes kemalangan, keracunan di dalam kawasan sekolah 0 %
➢ 100 % pelajar dberi peluang mendapatkan perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling
77

