Page 255 - BUKU TEKS MATEMATIK T4
P. 255

Bab 9  Kebarangkalian Peristiwa Bergabung
                         5.  Tulis ruang sampel bagi eksperimen pemilihan syiling daripada setiap pasangan murid tersebut.
                            S = {                                                                                                                       }

                         Perbincangan:
                         Apakah jumlah bilangan kesudahan yang mungkin dalam aktiviti ini?


                      Hasil daripada Rangsangan Minda 1, didapati bahawa;



                                                  Jumlah bilangan kesudahan yang mungkin ialah 3 × 2 = 6.


                      Secara generalisasi,
                                                          n(S) = n(A) × n(B)

                      n(S)  ialah  jumlah  bilangan  kesudahan  yang  mungkin,  n(A)  dan  n(B)  masing-masing  mewakili
                      bilangan kesudahan peristiwa A dan peristiwa B.


                        Contoh     1

                      Tulis ruang sampel bagi peristiwa bergabung di bawah.
                      (a)  Lima keping kad berlabel dengan huruf “T, E, K, U, N” dimasukkan dalam sebuah kotak. Dua
                          keping kad dikeluarkan dari kotak secara rawak satu demi satu tanpa pemulangan.

                      (b)  Dua keping syiling dilambung (A dan G mewakili angka dan gambar masing-masing).


                      Penyelesaian:
                      (a)  {(T, E), (T, K), (T, U), (T, N), (E, T), (E, K), (E, U), (E, N), (K, T), (K, E), (K, U), (K, N),
                          (U, T), (U, E), (U, K), (U, N), (N, T), (N, E), (N, K), (N, U)}
                      (b)  {(A, A), (A, G), (G, A), (G, G)}




                          Praktis Kendiri 9.1a

                      Tulis ruang sampel bagi peristiwa bergabung di bawah.
                      1.  Dua buah buku dipilih secara rawak daripada sebuah rak buku yang mengandungi dua buah
                          buku sejarah (S), sebuah buku geografi (G) dan sebuah buku matematik (M).

                      2.  Jantina anak bagi keluarga yang mempunyai dua orang anak.                                  9
                                                                                                                     BAB
                      3.  Sebiji dadu adil dan sekeping syiling adil dilambung secara serentak.

                      4.  Azhar (A) dan Kai Ming (K) bermain maksimum lima set perlawanan badminton. Pemain yang
                          berjaya memenangi tiga set ialah pemenang.





                                                                                                           245
   250   251   252   253   254   255   256   257   258   259   260