Page 85 - BUKU TEKS MATEMATIK T4
P. 85

Bab 3  Penaakulan Logik

                          Bagaimanakah anda menentukan dan menjustifikasikan                 Standard
                          kesahan suatu hujah deduktif dan seterusnya menentukan             Pembelajaran
                          sama ada hujah yang sah itu munasabah?
                                                                                       Menentukan dan
                                                                                       menjustifikasikan
                      Hujah deduktif yang sah boleh dikategorikan kepada tiga bentuk berikut.  kesahan suatu hujah

                                        Bentuk I       Bentuk II        Bentuk III     deduktif dan seterusnya
                                                                                       menentukan sama
                        Premis 1      Semua A ialah B   Jika p, maka q   Jika p, maka q  ada hujah yang
                                                                                       sah itu munasabah.
                        Premis 2        C ialah A    p adalah benar   Bukan q adalah benar
                        Kesimpulan      C  ialah  B    q  adalah  ben   Bukan  p  adalah  benar                      3
                                                                                                                     BAB
                        Suatu hujah deduktif dikatakan munasabah jika semua premis dan kesimpulannya adalah benar.


                                                 Premis 1: Semua pelakon pandai menari.
                                                 Premis 2: Jasmine ialah pelakon.
                                                 Kesimpulan: Jasmine pandai menari.


                          Hujah di atas merupakan satu hujah yang sah. Walaupun kita tahu bahawa Premis 1 adalah
                      palsu (bukan semua pelakon pandai menari) tetapi hujah ini masih sah kerana hujah ini memenuhi
                      Bentuk I seperti dalam jadual di atas. Tetapi hujah di atas adalah tidak munasabah kerana Premis 1
                      adalah palsu.


                           Rangsangan Minda 6

                          Tujuan:   Menentukan dan menjustifikasikan kesahan suatu hujah.
                          Langkah:
                          1.  Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan yang sesuai.
                          2.  Perhatikan hujah di bawah.

                                                Premis 1: Semua pelakon pandai menari.
                                                Premis 2: Jasmine pandai menari.

                                                Kesimpulan:  Jasmin  ialah pelakon.
                          Perbincangan:


                          1.   Mengapakah hujah d    tidak sah









                          2. Adakah semu  pr  d  suatu hujah benar  menjamin kesahan suatu hujah?

                        daripad  Rangsangan Mind  6,  didap  bah
                         Hujah di atas tidak sah kerana tidak mematuhi ketiga-tiga bentuk deduktif yang sah. Maka,
                         premis yang benar tidak menjamin kesahan suatu hujah.
                      Secara generalisasi,
                         Kesahan suatu hujah ditentukan berdasarkan bentuk hujah tersebut, bukan berdasarkan kebenaran
                        premis atau kesimpulan.

                                                                                                            75
   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90