Page 5 - menservis sistem elektrik
P. 5

NO. KOD  / Code No.                TP-300-2:2013-C06/P(1/5)              Muka Surat / Page:

                                                                                     5  Drp/ Of 15



               Litar siri-selari

               Litar siri-selarimempunyai setengah komponen disambung dalam bersiri dan lainnya dalam

               selari. Bekalan kuasa dan perenti kawalan atau perlindungan biasanya dalam bersiri; beban-
               beban biasanya dalam selari. Arus sama menglir dalam bahagian bersiri, arus berbeza
               mengalir dalam bahagian selari. Voltan sama dikenakan ke perenti selari, voltan berbeza

               dikenakan ke perenti bersiri. Jika bahagian bersiri putus, arus berhenti mengalir dalam
               keseluruhan liar. Jika satu cabang selari putus, arus terus mengalir dalam bahagian bersiri

               dan cabang lainnya.




















                                                  Rajah 5 Litar siri-selari

               3. Rajah Pendawaian Elektrik

               Wayar berfungsi untuk mengalirkan arus elektrik dari punca bateri ke semua sistem elektrik
               dan elektronik pada kenderaan. Wayar dibuat daripada tembaga kerana ia merupakan

               pengalir arus elektrik yang baik.Wayar terdiri dari beberapa lembar dawai tembaga halus
               yang disatukan dan di salut dengan penebat bagi mengelakkan litar pintas atau litar terbumi.





            Wayar

               1.  Wayar berfungsi untuk mengalirkan arus elektrik dari punca bateri ke semua sistem
                   elektrik dan elektronik pada kenderaan
               2.  Wayar dibuat daripada tembaga kerana ia merupakan pengalir arus elektrik yang baik.

               3.  Wayar terdiri dari beberapa lembar dawai tembaga halus yang disatukan dan di salut
                   dengan penebat bagi mengelakkan litar pintas atau litar terbumi.

            Kod warna

               1.  Kod warna digunakan untuk mengenal pasti wayar dalam litar elektrik kenderaan.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10